Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji Di Tanah Air

Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji Di Tanah Air 

Semua bakal haji adalah diwajibkan untuk melalui proses pemeriksaan kesihatan sebagaimana ketetapan oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Melaluinya status kesihatan bakal haji dapat disaring, rawatan awal dapat diberikan dan rekod rawatan diperolehi dan dicatatkan di dalam Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji. Ini akan memudahkan sekiranya bakal haji tersebut memerlukan rawatan ketika berada di Tanah Suci nanti.

Tujuan Pemeriksaan Kesihatan Dilakukan

  • Memastikan peraturan Haji Kerajaan Arab Saudi dipatuhi;
  • Mendapatkan suntikan wajib Meninggococcal Meningitis Quadrivalent (ACYW -135). Suntikan boleh diperolehi percuma di Klinik dan Hospital Kerajaan;
  • Memastikan bakal haji tidak mengidap penyakit merbahaya atau penyakit berjangkit;
  • Memastikan penyakit dikesan awal, dirawat dan distabilkan disamping keperluan ubatan dapat dikenalpasti;
  • Menyediakan rekod rawatan lengkap untuk rujukan ketika di Tanah Suci;
  • Mengesan bakal haji wanita yang hamil. Wanita hamil tidak diluluskan untuk menunaikan haji;
  • Mengesan kes tidak siuman atau nyanyuk. Kes-kes ini dikhuatiri boleh menyebabkan haji tidak sah;
  • Mengenalpasti bakal haji berpenyakit kronik;

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-84, yang telah bersidang pada 15 Disember 2008 memutuskan bahawa :-

  • Pesakit yang mengidap penyakit kronik yang tiada harapan sembuh seperti sakit buah pinggang yang menjalani rawatan hemodialisis dan seumpamanya adalah tidak wajib menunaikan haji;
  • Pesakit kronik adalah wajib melaksanakan badal haji sekiranya berkemampuan daripada sudut kewangan; dan
  • Sekiranya telah sembuh daripada penyakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadah haji jika berkemampuan.

Catatan:  Semua kes berkaitan penyakit ini tidak layak dibawa ke Jawatankuasa Rayuan Peringkat Negeri dan tidak boleh diluluskan oleh mana-mana Pakar Perubatan termasuk Pakar Nefrologi.

Tempat Pemeriksaan 

Hospital atau Klinik Kerajaan 

  • Bakal haji diminta berhubung dengan Pejabat Tabung Haji yang berhampiran bagi makluman berkenaan tarikh dan jadual pemeriksaan kesihatan bakal haji di daerah masing-masing
  • Pemeriksaan kesihatan ini adalah percuma
  • Pemeriksaan kesihatan hanya boleh dilakukan dengan Pegawai Perubatan yang mempunyai Nombor Pendaftaran Pemeriksaan Kesihatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri sahaja

Senarai Hospital atau Klinik Kerajaan Mengikut Negeri

Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
Wilayah Persekutuan Labuan
Selangor
Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Pahang
Terengganu
Kelantan 
Sarawak
Sabah

Klinik Swasta

  • Bagi bakal haji yang memilih untuk membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Swasta, kosnya hendaklah ditanggung sendiri oleh jemaah haji.
  • Hanya boleh dilakukan di Klinik Swasta dimana Pegawai Perubatannya mempunyai Nombor Pendaftaran Pemeriksaan Kesihatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri sahaja. Bakal haji perlu memastikan Pegawai Perubatan mempunyai nombor pendaftaran tersebut sebelum menjalani pemeriksaan.

Senarai Klink Swasta Mengikut Negeri

Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
Wilayah Persekutuan Labuan
Selangor
Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Pahang
Terengganu
Kelantan 
Sarawak
Sabah

Nombor Pendaftaran Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji

Nombor pendaftaran ini diberikan oleh KKM kepada Pegawai Perubatan yang layak membuat pemeriksaan kesihatan kepada bakal haji. Ianya sah digunakan hanya untuk tempoh satu tahun dan perlu diperbaharui untuk tahun berikutnya.

Health Screening Registration Number

Carta Alir Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji

Maklumat Imunisasi

Imuninsasi Wajib: Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135) Vaccine

  • Suntikan wajib untuk semua jemaah haji - arahan pihak berkuasa Arab.
  • Perlu diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ke Tanah Suci.
  • Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama dua (2) tahun.
  • Sila dapatkan dengan percuma di hospital / klinik kerajaan sahaja (rujuk Pejabat TH berhampiran).

Imunisasi Pilihan (dibiayai sendiri oleh Bakal Haji)

Bakal jemaah haji amat digalakkan mengambil suntikan Imunisasi pilihan ini untuk membina daya pertahanan badan melawan penyakit sebagaimana yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu 

Influenza Vaccine
  • Terbaik diambil sebulan sebelum berangkat ke Tanah Suci.
  • Selamat diambil kecuali mereka yang alergik terhadap telur.
  • Bakal Haji berumur 50 tahun ke atas atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, sakit paru-paru, sakit ginjal, endokrin amat digalakkan mengambil vaksin ini.
  • Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama 1 tahun.
Pneumokokus Vaccine
  • Bakal Haji berumur 50 tahun keatas atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, sakit paru-paru, sakit ginjal, endokrin amat digalakkan mengambil vaksin ini untuk mencegah radang serius di paru-paru yang disebabkan oleh bakteria.
  • Penyakit ini merupakan penyakit utama dikalangan kanak- kanak dan warga tua di Tanah Suci.
  • Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama 5 tahun.