Ekuiti

Objektif Pelaburan Ekuiti

Menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif melalui keuntungan urusniaga saham dan pendapatan dividen sejajar dengan tahap risiko yang berpatutan disamping memastikan portfolio pelaburan ekuiti setara dengan keadaan pasaran semasa.

Jenis Pelaburan Ekuiti

Pelaburan ekuiti meliputi ekuiti domestik dan ekuiti asing. Ianya diuruskan secara aktif untuk memastikan pulangan yang optimum selaras dengan polisi dan garis panduan yang ditetapkan. 
 

Alokasi Pelaburan Ekuiti

 

Proses Pelaburan Ekuiti

 

Pelaburan Alternatif

Objektif Pelaburan Alternatif (Pelaburan Dana dan ‘Outsourcing’)

Pelaburan alternatif melibatkan pelaburan dana dalam pelbagai kelas aset yang diuruskan pihak luar. Objektif pelaburan alternatif adalah untuk kepelbagaian aset dalam memberikan pulangan alternatif yang lebih kompetitif dengan menggunapakai kepakaran luar. 

Pengurus Dana Luar Ekuiti Tercatat
Kriteria Utama Pemilihan Pengurus Dana Luar Ekuiti Tercatat

  • Pengurusan portfolio patuh syariah
  • Jumlah aset dibawah pengurusan
  • Kekuatan organisasi dan sumber manusia
  • Falsafah yang seiring dan proses pelaburan yang mantap
  • Keupayaan pengurusan risiko
  • Prestasi yang baik
  • Yuran yang kompetitif

Pengurus Dana Luar Ekuiti Tidak Tercatat
Kriteria Utama Pemilihan Pengurus Dana Luar Ekuiti Tidak Tercatat

  • Pengurusan portfolio patuh syariah
  • Keupayaan perolehan dana
  • Pengalaman anggota pengurusan utama
  • Kriteria dana dan yuran yang kompetitif
  • Komitmen pelaburan daripada pengurus dana
  • Keupayaan pengurusan risiko
  • Prestasi yang baik

Penyelidikan Pelaburan

Objektif Penyelidikan

Membantu dan menyokong bahagian Pengurusan Portfolio Ekuiti dan Pengurusan Portfolio Pendapatan Tetap dalam keputusan pelaburan melalui analisa dan penyelidikan. Ianya merangkumi penyelidikan mikro dan makro

Aktiviti Penyelidikan 
Kaedah penyelidikan yang digunapakai dalam sesuatu penilaian pelaburan adalah seperti berikut:
 

Penilaian Broker
Panel broker TH akan dinilai setiap akhir tahun. Kedudukan panel broker akan dibentangkan kepada mesyuarat Panel Pelaburan dan Ahli Lembaga Pengarah.