Ekuiti

Objektif Pelaburan Ekuiti

Menjana pulangan jangka panjang yang kompetitif melalui keuntungan urusniaga saham dan pendapatan dividen sejajar dengan tahap risiko yang berpatutan disamping memastikan portfolio pelaburan ekuiti setara dengan keadaan pasaran semasa.

Portfolio Pelaburan Ekuiti

Pelaburan ekuiti merupakan salah satu aktiviti utama dalam menjana pendapatan TH.  Pelaburan ekuiti terdiri daripada Ekuiti Domestik dan Ekuiti Asing.  Portfolio ekuiti diuruskan oleh Pengurus Dana TH dan melalui Pengurus Dana Luar yang dilantik TH untuk memastikan pulangan yang optimum selari dengan polisi dan garis panduan yang ditetapkan.
 


 

Pelaburan Alternatif

TH juga terlibat dalam pelaburan alternatif merangkumi kepelbagaian kelas aset pelaburan sebagai contoh dana ekuiti swasta; diuruskan oleh pengurus dana luar terlantik yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam bidang pelaburan bagi menjana pulangan alternatif yang kompetitif kepada TH.

Proses Pelaburan Portfolio

Penyelidikan Pelaburan

Objektif Penyelidikan Pelaburan

Membantu dan menyokong bahagian Pengurusan Portfolio Ekuiti dan Pengurusan Portfolio Pendapatan Tetap dalam keputusan pelaburan melalui analisa dan penyelidikan. Ianya merangkumi penyelidikan mikro dan makro.  


Aktiviti Penyelidikan Pelaburan
 


Penilaian Broker

Panel broker TH akan dinilai setiap akhir tahun. Kedudukan panel broker akan dibentangkan kepada mesyuarat Panel Pelaburan dan Ahli Lembaga Pengarah.