Pengurusan Haji
Urusan haji yang dilaksanakan oleh TH adalah proses yang berterusan dan dilakukan sepanjang tahun bagi memastikan perjalanan operasi haji adalah lancar dan efisyen. Pengurusan haji TH adalah komprehensif, bermula sejak bakal-bakal haji menyimpan wang mereka, sehingga mereka kembali ke Tanah Air setelah selesai menunaikan haji di Tanah Suci.
Proses pengurusan haji terbahagi kepada 20 aktiviti termasuk perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan di Tanah Air dan Tanah Suci.
Carta Pengurusan Haji
Surat Jadual Penerbangan
Surat Jadual Penerbangan (SJP) akan dihantar oleh TH kepada semua bakal haji yang terpilih dan pergi secara Muassasah. Bagi bakal haji yang memilih perkhidmatan Pakej TH Travel & Services (THTS) dan Pengelola Jemaah Haji (PJH), SJP akan dihantar oleh pihak penganjur.
Semakan dan cetakan SJP boleh dibuat secara atau talian di laman sesawang THiJARI (https://www.thijari.com.my)
Pasport
Semua bakal haji perlu mempunyai Pasport Malaysia Antarabangsa yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Pejabat Cawangan TH akan menghubungi bakal haji bagi urusan serahan pasport beserta dokumen sokongan.
Pemeriksaan Kesihatan
Setiap bakal haji perlu menjalani dan lulus pemeriksaan am kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah, jenis darah dan ujian air kencing untuk mengetahui tahap kesihatan dan penyakit yang dialami. Pemeriksaan kesihatan penting untuk pengesahan dan rawatan awal sebelum bertolak ke tanah suci.
Bakal haji juga hendaklah mendapatkan suntikan:
- Anti Meningitis Vaksin Meningococcal Quadrivalent ACYW-135.
- Apa-apa jenis suntikan tambahan seperti mana yang disyaratkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
Pemeriksaan kesihatan dan suntikan vaksin ini hendaklah diperolehi dari pegawai perubatan yang dibenarkan. Pegawai perubatan tersebut hendaklah membuat pengesahan butir-butir pemeriksaan/ suntikan serta menurunkan cop rasmi (nama dan jawatan) beliau pada Buku / Kad Kesihatan Antarabangsa.
Senarai Tempat Pemeriksaan Kesihatan
Muat turun senarai tempat pemeriksaan kesihatan bagi setiap negeri disini, maklumat lanjut disini>