Notis Privasi TH

Notis Privasi ini menggariskan cara TH mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menyusun, mengubah, menzahir, mengguna dan memusnahkan data peribadi anda berhubung dengan urusan penyimpanan dan pengurusan haji di TH (kemudian ini dirujuk sebagai memproses).

TH atau kami dalam notis ini merujuk kepada ibu pejabat TH dan cawangan kami di Malaysia dan negara lain.

Notis Privasi ini disediakan dalam versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Jika terdapat apa-apa ketaktekalan antara kedua-dua versi ini, versi bahasa Melayu akan digunakan. Jika terdapat percanggahan antara Notis Privasi ini dengan terma dan syarat produk atau perkhidmatan tertentu berkenaan cara kami memproses data peribadi anda, maka terma dan syarat produk atau perkhidmatan tertentu akan terpakai.

Data Peribadi

Data Peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat berkenaan dengan transaksi komersial yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan individu, yang dikenal pasti atau dapat dikenal pasti daripada maklumat itu atau daripada maklumat itu dan maklumat lain yang dimiliki oleh TH, termasuk apa-apa data peribadi sensitif dan pendapat yang dinyatakan tentang individu tersebut.

Data Peribadi Sensitif merujuk sebagai maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seseorang individu, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya dan kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, pelakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan olehnya atau apa-apa data peribadi lain yang ditentukan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perlindungan data peribadi melalui perintah yang disiarkan dalam warta.

Pemberitahuan dan Persetujuan

Apabila anda meminta maklumat atau melanggan produk dan perkhidmatan kami, anda mungkin dikehendaki memberikan data peribadi anda kepada TH. Dengan berbuat demikian, anda bersetuju dengan penggunaan data peribadi anda oleh TH menurut Notis Privasi ini. Data peribadi anda juga mungkin telah dikemukakan kepada TH oleh pihak ketiga (contohnya, oleh pasangan anda, syarikat di mana anda merupakan pengarahnya, pegawai atau pemegang saham, atau perkongsian di mana anda merupakan rakan kongsi) untuk produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pihak ketiga berkenaan daripada kami. Dalam konteks ini, terma anda dalam Notis Privasi ini juga akan digunakan bagi mana- mana individu yang mana data peribadinya telah dikemukakan kepada TH dan/atau telah diperolehi menerusi kaedah seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 4 Notis Privasi ini.

Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, untuk tidak memberikan data peribadi anda atau menarik balik persetujuan anda untuk membenarkan TH memproses data peribadi anda. Walau bagaimanapun, kegagalan memberikan data peribadi tersebut atau tindakan anda menarik balik persetujuan anda untuk memproses data peribadi yang diberikan mungkin mengakibatkan TH tidak dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda secara berkesan dan berterusan.

Jenis-jenis Data Peribadi

Jenis data peribadi yang kami kumpul termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama, alamat perhubungan, umur, pekerjaan, status perkahwinan, maklumat kewangan, kad pengenalan, pasport, tempat lahir dan sejarah urusan transaksi anda.

Kami mungkin mengumpul data peribadi sensitif anda jika anda berurusan dengan TH yang menghendaki anda supaya mendedahkan data peribadi sensitif tersebut kepada pihak kami.

Kami hanya akan menggunakan data peribadi sensitif anda untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan oleh anda sahaja. Jika kami memproses data peribadi sensitif anda, kami akan mendapatkan persetujuan anda terlebih dahulu.

Data peribadi yang kami kumpul boleh dikategorikan sebagai sama ada wajib diberikan atau diberikan secara sukarela. Data peribadi yang wajib diberikan ialah data peribadi yang kami perlukan supaya kami dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda tidak memberikan data peribadi tersebut, kami tidak akan dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Keperluan data peribadi yang diberikan secara sukarela ialah data peribadi yang tidak wajib diberikan bagi membolehkan kami menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda tidak memberikan data peribadi tersebut, anda masih boleh melanggan produk dan perkhidmatan kami.

Data peribadi yang wajib diberikan atau diberikan secara sukarela adalah berbeza-beza mengikut setiap produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan.

Cara Pengumpulan Data Peribadi Pelanggan

Kami memperoleh data peribadi anda dengan pelbagai cara, seperti:

  • Apabila anda melanggan atau menggunakan salah satu daripada perkhidmatan yang kami sediakan.
  • Apabila anda menghubungi TH menerusi pelbagai kaedah seperti borang permohonan, e-mel dan surat, panggilan telefon serta perbualan anda dengan pusat panggilan kami. Jika anda menghubungi kami atau kami menghubungi anda melalui telefon, kami mungkin memantau atau merekodkan panggilan telefon tersebut untuk tujuan jaminan kualiti, latihan dan keselamatan.
  • Daripada analisa yang kami lakukan terhadap transaksi anda.
  • Kami juga mungkin memperoleh data peribadi anda apabila anda menyertai kaji selidik pelanggan atau apabila anda mendaftar diri untuk mana-mana peraduan atau promosi kami.
  • Apabila kami memperolehi apa-apa data dan maklumat daripada pihak yang diberi kuasa (contohnya, agensi kawal selia, dan penguatkuasaan yang dibenarkan).
  • Apabila kami memperolehi apa-apa data dan maklumat dari pihak ketiga.
  • Apabila anda memeterai sebarang transaksi komersial dengan TH, termasuk tetapi tidak terhad, bagi menyediakan barangan dan/ atau perkhidmatan atau perkhidmatan profesional anda.
  • Laman sesawang dan media sosial TH yang lain.
  • Daripada sumber-sumber umum.

Tujuan Pemprosesan Data Peribadi Pelanggan

Kami mungkin memproses data peribadi anda untuk sebab berikut:

  • Menilai permohonan anda untuk mana-mana produk dan perkhidmatan kami.
  • Mengurus dan menyelenggara akaun dan kemudahan anda.
  • Menilai keperluan kewangan anda dan meneruskan pelaksanaan obligasi kontrak yang diikat  antara TH dengan diri anda
  • Menjawab pertanyaan dan aduan anda serta menyelesaikan pertikaian.
  • Fungsi dalaman seperti menilai keberkesanan pemasaran, penyelidikan pasaran, analisa dan  pemodelan statistik, pelaporan, pengurusan audit dan risiko serta mencegah penipuan.

Selain itu, kami juga mungkin menggunakan data peribadi anda untuk memenuhi apa-apa keperluan kawal selia dan untuk apa-apa sebab lain yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan yang anda perlukan. 

Pendedahan Data Peribadi Pelanggan

Data peribadi anda yang kami pegang akan dirahsiakan. Walau bagaimanapun, bagi membolehkan kami menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda secara berkesan dan berterusan serta mematuhi apa-apa keperluan undang-undang dan peraturan, kami mungkin perlu mendedahkan data peribadi anda 

  • Entiti lain dalam TH iaitu anak-anak syarikat TH dan syarikat bersekutu TH.
  • Ejen dan penyedia perkhidmatan kami yang diberi kuasa yang dengannya kami telah mengikat  perjanjian kontrak untuk beberapa fungsi, perkhidmatan dan aktiviti kami.
  • Rakan kongsi strategik dan penasihat/ konsultan kami.
  • Agensi penguatkuasaan, kawal selia dan kerajaan, seperti yang dibenarkan atau dikehendaki  oleh undang-undang, dibenarkan oleh mana-mana perintah mahkamah atau untuk memenuhi obligasi kepada pihak berkuasa kawal selia.
  • Pihak yang diberi kebenaran oleh anda. Pendedahan data peribadi anda mungkin melibatkan pemindahan data peribadi anda ke tempat di luar Malaysia, dan dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan pemindahan tersebut yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan yang anda minta dan untuk pelaksanaan apa-apa obligasi kontrak anda dengan TH, termasuk untuk tujuan penyimpanan dan pengurusan haji.

Anda mungkin menerima makluman pemasaran daripada pihak kami atau entiti lain tentang produk dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda. Jika anda berhasrat untuk tidak mahu menerima makluman pemasaran ini, sila maklumkan kepada pihak kami untuk menarik balik persetujuan anda dan kami akan berhenti memproses dan berkongsi data peribadi anda dengan entiti lain untuk tujuan penghantaran makluman pemasaran kepada anda.

Anda mempunyai pilihan untuk menarik balik persetujuan anda untuk menerima bahan/ makluman pemasaran atau promosi. Anda boleh menghubungi kami menggunakan maklumat hubungan yang diberikan di bawah. Sila ambil maklum bahawa sebaik sahaja kami menerima pengesahan tentang permintaan untuk menarik balik persetujuan anda untuk menerima bahan/ makluman pemasaran atau promosi, ia mungkin mengambil masa sehingga empat belas (14) hari bekerja sebelum penarikan balik persetujuan anda dipaparkan dalam sistem kami. Oleh itu, anda mungkin masih menerima bahan/makluman pemasaran atau promosi semasa tempoh tersebut.

Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda memilih untuk tidak lagi menerima bahan pemasaran atau promosi, TH mungkin masih menghubungi anda untuk tujuan lain berhubung dengan akaun, kemudahan atau perkhidmatan yang anda pegang dengan TH. Jika anda telah mengemukakan data peribadi pihak ketiga kepada TH, sila pastikan bahawa anda telah mendapatkan kebenaran daripada pihak ketiga yang berkenaan untuk pemprosesan dan pendedahan data peribadi mereka dan Notis Privasi ini telah dikemukakan terlebih dahulu untuk perhatian pihak ketiga tersebut.

Perlindungan Data Pelanggan

Keselamatan data peribadi anda merupakan keutamaan kami. TH mengambil semua langkah fizikal, teknikal dan organisasi yang diperlukan untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan data peribadi. Jika kami mendedahkan apa-apa data peribadi anda kepada pihak-pihak yang dinyatakan di dalam Seksyen 6, mereka mempunyai obligasi untuk melindungi data peribadi yang diberikan kepada mereka sewajarnya.

Tempoh Penyimpanan Data Peribadi Pelanggan

Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan atau untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan serta keperluan dalaman.

Perubahan Pada Notis Privasi

Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin mengemas kini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Jika terdapat perubahan ketara pada Notis Privasi ini, kami akan memberitahu anda dengan memaparkan notis tentang perubahan tersebut melalui media cetak atau elektronik dalam jangkamasa yang difikirkan sesuai oleh kami. Semak semula Notis Privasi ini dari semasa ke semasa supaya anda sentiasa maklum tentang cara kami melindungi maklumat anda. 

Kebolehan untuk Mengakses/ Membetulkan/ Mengemas Kini Data Peribadi Pelanggan

Kami komited untuk memastikan data peribadi anda yang kami pegang adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Jika terdapat apa-apa perubahan pada data peribadi anda atau jika anda percaya bahawa data peribadi anda yang kami pegang adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan yang terkini, sila hubungi kami supaya kami boleh mengambil langkah untuk mengemas kini data peribadi anda. 

Anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda dengan menghubungi kami. Kami juga mungkin mengambil langkah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan tersebut. 

Hubungi Kami

Jika anda perlu menghubungi kami, anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan kami atau menelefon Khidmat Pelanggan kami di talian utama 03-6207 1919.