Lembaga Pengarah

Ahli Lembaga Pengarah diberi kuasa di bawah Seksyen 4(1) Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) untuk mentadbir kumpulan wang dan segala yang berkenaan dengan kebajikan jemaah haji. Ahli Lembaga Pengarah ini juga merumus dasar yang berkaitan dengannya dan perkara-perkara lain yang boleh dilakukan di bawah Akta ini. 

Penubuhan Jemaah Lembaga Pengarah adalah menepati ketetapan keanggotaan Ahli Lembaga Pengarah seperti yang dinyatakan di Bahagian II Seksyen 6 Akta 535. 

Pengenalan

Lembaga Pengarah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keseluruhan tadbir urus korporat TH termasuk hala tuju pembangunan strategiknya serta menetapkan matlamat, polisi dan strategi untuk pengurusan dan memantau pencapaian matlamat tersebut. Lembaga Pengarah diberi kuasa mentadbir kumpulan wang, segala yang berkenaan dengan kebajikan jemaah Haji dan merumus dasar yang berkaitan dengannya. Lembaga Pengarah juga berfungsi menjalankan perkara-perkara lain yang dikehendaki atau dibenarkan untuk dilakukan di bawah Akta 535.

Komposisi Lembaga Pengarah

Keahlian sedia ada terdiri seperti berikut:-

  1. Seorang Pengerusi;
  2. Seorang wakil daripada Jabatan Perdana Menteri
  3. Seorang wakil daripada Kementerian Kewangan
  4. Tidak lebih daripada sembilan (7) ahli yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang-bidang yang berkaitan
Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif
Wakil Jabatan Perdana Menteri
Ahli Lembaga Pengarah
Ahli Lembaga Pengarah
Ahli Lembaga Pengarah