Yayasan TH

Objektif 

  1. Untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat yang antaranya memberikan bantuan atau sumbangan berikutan kejadian musibah dan bencana alam;
  2. Untuk mentadbir dan menguruskan dengan berkesan serta bersistematik dana yang diperuntukkan oleh TH dan anak syarikat bagi tujuan biasiswa yang ditawarkan kepada anak-anak anggota, anggota di anak syarikat TH dan pesara TH yang layak serta program atau kegiatan berkaitan pendidikan.
  3. Untuk menggalakkan kajian dalam bidang Pendidikan Islam, Perbankan Islam, perubatan dan lain-lain cabang perundangan Syariah yang akan memberi faedah kepada rakyat Malaysia dan masyarakat global.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah

  1. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim
  2. Tan Sri Ismee Ismail

Aktiviti-aktiviti Yayasan TH

Antara inisiatif fasa pertama yang telah digariskan oleh Yayasan Tabung Haji bagi menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat dengan berkonsepkan tema “Charity begins at home” atau ‘Kebajikan bermula dari rumah’ dan di antaranya ialah:-

  1. Menawarkan biasiswa pelajaran kepada anak-anak anggota dan pesara TH bagi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi sama ada di dalam dan di luar Negara;
  2. Memberikan tajaan melanjutkan pelajaran kepada anggota TH yang ingin meningkat ilmu pengetahuan mereka khususnya di peringkat tertiary;
  3. Menyampaikan Anugerah Anak Cemerlang kepada anak anggota TH yang Berjaya dalam mendapat keputusan terbaik untuk peperiksaan utama Negara serta Anugerah Khidmat Cemerlang kepada anggota TH yang berkhidmat dengan baik;
  4. Menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada mangsa yang terlibat dengan musibah dan bencana alam;
  5. Menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan agar dapat meringankan beban dan tanggungjawab mereka.

Logo Yayasan TH

Logo Yayasan TH

Logo Yayasan TH tetap mengekalkan logo asal TH dalam rekabentuknya bagi membawa maksud bahawa Yayasan TH ditubuhkan oleh TH yang juga merupakan antara usaha TH dalam merealisasikan visi dan misi TH. Ia juga menunjukkan Yayasan TH tetap mendokong dan meyokong identiti islamik TH.

Ikon mata pensil dan tunas daun

Logo yang berkonsepkan mata pensil dan tunas daun ini menunjukkan aktiviti-aktiviti Yayasan TH dalam membangunkan pendidikan di kalangan anak-anak anggota dan pesara TH yang cemerlang yang akan merupakan generasi pemimpin masa hadapan atau mukmin professional sama ada di TH atau diluar.

Tunas Daun

Daun yang juga menunjukkan naungan yang diberikan kepada yang memerlukan bantuan atau sumbangan dalam melaksanakan aktiviti tanggungjawan sosial korporat.

Warna

Warna hijau menunjukkan pertumbuhan dan kehidupan, manakala warna hitam adalah simbol kekukuhan dan kekuatan.