Akaun Kanak-Kanak

Pembukaan akaun kanak-kanak  TH adalah mudah dan boleh dilakukan di semua cawangan TH seluruh negara, Kaunter-kaunter Bank Islam, Bank Rakyat, Mobile Kaunter dan TH Komuniti.

Berikut kriteria bagi pembukaan akaun kanak-kanak TH iaitu :

  • Di bawah umur 18 tahun mengikut tarikh lahir.
  • Penjaga adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991.
  • Penjaga adalah pendeposit TH dan warganegara Malaysia.
  • Penjaga perlu membawa sijil lahir dan MyKid kanak-kanak tersebut / Sijil Nikah (ibu/ bapa tiri).

Syarat - syarat untuk menjadi pendeposit TH adalah seperti berikut : 

  • Individu yang beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.

Dokumen yang diperlukan semasa pembukaan akaun ialah:

  • Sila bawa myKad untuk membuka akaun TH.
  • Pembukaan akaun kanak-kanak perlu disertakan dengan MyKid dan Sijil Kelahiran untuk tujuan pengesahan.

Kelebihan Menyimpan di TH

  • Berlandaskan syariah Islam.
  • Suci.
  • Hibah kompetitif.
  • Zakat TH dibayar.
  • Dikecualikan cukai.
  • Dijamin oleh kerajaan.
  • Pengeluaran tanpa had kekerapan.

NOTA:

Penjaga adalah dinasihatkan untuk menukarkan status akaun anak di bawah jagaan yang telah berumur 18 tahun ke atas daripada akaun kanak-kanak ke akaun dewasa. Penukaran status akaun ini boleh dibuat di mana-mana pejabat cawangan TH dengan permohonan daripada penjaga akaun kanak-kanak tersebut.

Selagi akaun itu masih lagi berstatus akaun kanak-kanak, penjaga adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas akaun tersebut walaupun umur kanak-kanak tersebut melebihi 18 tahun.