Penangguhan Ibadat Haji 1441H/2020M
Setiap syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan oleh TH hendaklah memulangkan semula bayaran pakej haji kepada bakal haji yang telah membuat bayaran tertakluk kepada syarat-syarat pakej yang telah dipersetujui di antara bakal haji dan PJH.
Bakal haji yang membuat rayuan dan telah diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini (1441H/2020M), perlu mengemukakan rayuan haji yang baru pada tahun hadapan (1442H/2021M) untuk dinilai semula oleh TH.
Pada setiap musim haji, Kos Haji dan Bayaran Haji akan ditentukan dan diumumkan pada tahun berkenaan.
Kerajaan Malaysia akan membuat keputusan mengenai penghantaran jemaah haji bagi tahun hadapan menjelang musim haji 1442H/2021M dengan mengambil kira keadaan semasa dan sebarang keputusan Kerajaan Arab Saudi ketika itu.
- Tidak perlu diambil semula suntikan wajib (meningococcal) jika tempoh sah belum tamat (3 atau 5 tahun mengikut jenis suntikan yang diambil) sebelum musim haji tahun hadapan.
- Manakala bagi suntikan tambahan iaitu pneumococcal (5 tahun) dan influenza (setahun), ia juga bergantung kepada tempoh sah suntikan tersebut.
- Jemaah haji dinasihatkan untuk menyemak maklumat suntikan vaksin pada Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH) atau merujuk semula kepada hospital/klinik kesihatan di mana suntikan tersebut diambil.
- Tidak semestinya bakal haji yang sepatutnya mengerjakan haji pada tahun 1442H/2021M perlu menunggu setahun lagi kerana ia adalah tertakluk kepada kekosongan kuota tahun semasa.
- Bakal haji yang giliran asal menunaikan haji adalah pada tahun 1442H/2021M akan diberi keutamaan menunaikan haji pada tahun tersebut setelah keutamaan diberi kepada bakal haji yang giliran asal pada tahun 1441H/2020M.
- Resolusi Muzakarah Haji pada tahun 2019 telah menetapkan bahawa istitho’ah sama ada yang berkaitan dengan jasmani (badaniyyah) atau kesihatan (sihhiyyah) merupakan salah satu syarat wajib haji.
- Sekiranya pihak doktor mengesahkan bahawa bakal haji tersebut berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan penyakit Covid-19 yang sedang melanda semasa musim haji, maka bakal haji yang mengidap penyakit kronik dianggap sebagai tidak memenuhi syarat istito’ah jasmani dan istito’ah kesihatan.
- Oleh itu, kewajipan menunaikan haji adalah gugur daripadanya.
Setiap tahun TH akan membuat rayuan penambahan kuota daripada Kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan lebih ramai umat Islam di Malaysia menunaikan haji.
- Sunnah Nabi Muhammad SAW dalam mengendalikan sesuatu wabak penyakit yang melanda sesebuah tempat, sebagaimana mafhum hadith adalah seperti berikut:-
“Jika kamu mendengar wabak melanda suatu negeri, maka jangan kamu memasukinya. Dan jika kamu berada di daerah itu janganlah kamu keluar untuk lari darinya” (HR. Bukhari & Muslim).
- Oleh kerana seluruh dunia termasuk Malaysia dan Arab Saudi masih mengalami wabak ini, maka penangguhan ibadah haji pada tahun 1441H/2020 adalah lebih baik.
Bakal haji perlu membuat semula pemeriksaan kesihatan kerana tempoh sah laku pemeriksaan tersebut adalah untuk enam (6) bulan sahaja.