Perladangan

Perladangan Perladangan

TH meneruskan aktiviti pelaburan di dalam sektor perladangan menerusi Kumpulan Perladangan milik TH dan salah satu pegangan saham terbesar TH adalah di TH Plantation Berhad. Pelaburan di sektor ini adalah salah satu tunjang kejayaan TH dalam menjana keuntungan mampan dan berterusan, sejajar dengan objektif pelan perancangan strategik TH.

Kumpulan Perladangan TH mempunyai kawasan ladang lebih daripada 160,000 hektar, dan dengan pertambahan kawasan baharu matang secara berterusan, diyakini dapat memaksimumkan sumber pengeluaran pada masa depan.

Kumpulan Perladangan TH turut memiliki kilang di Malaysia dan di Kalimantan yang memiliki kapasiti pemprosesan yang berbeza di antara satu sama lain. Secara keseluruhannya, kapasiti pemprosesan bagi kesemua kilang adalah berjumlah 360 tan metrik sejam.

Bagi mempertingkatkan hasil daripada operasinya, Kumpulan Perladangan TH sentiasa berusaha mencari pelbagai inovasi yang boleh meningkatkan jumlah pengeluaran dengan kualiti yang tinggi bagi mempertingkatkan daya saing di pasaran.

Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti perladangan Kumpulan TH, sila lawati laman web www.thplantations.my/