Hartanah

TH giat melabur dalam pasaran hartanah di dalam dan luar Negara sebagai langkah mempelbagaikan portfolio pelaburan dalam rangka Strategik Alokasi Aset dan bagi mengaut manfaat daripada kenaikan modal sambil menikmati pulangan stabil dalam jangkamasa panjang.
 
Di Malaysia, TH memiliki beberapa bangunan komersil di sekitar Lambah Klang. Selain daripada bangunan ibu pejabat di Menara TH Tun Razak, Menara TH Platinum, Menara TH Selborn, Menara TH Uptown, Menara TH Perdana, Menara TH Plaza Sentral, Menara TH Damansara dan Menara Bank Islam. TH akan terus meneroka pelbagai peluang baharu di luar Lembah Klang sekiranya peluang baharu di luar Lembah Klang sekiranya peluang tersebut memenuhi kriteria pelaburan dan mampu menjana pulangan kompetitif.
 
Portfolio hartanah yang seimbang di dalam dan luar Negara dapat menjamin pendapatan janka panjang yang lebih stabil, justeru TH terus mengkaji peluang-peluang hartanah berpotensi tinggi di bandar-bandar utama seluruh dunia seperti United Kingdom, Australia dan Arab Saudi.

Dalam Negara

TH turut terlibat dalam sektor pembangunan hartanah dan pembinaan di dalam dan di luar negara.  Di dalam negara, TH mempunyai beberapa aset hartanah di negeri-negeri seluruh Negara yang merangkumi bangunan pejabat, hospital, kilang, hotel, menara dan pasaraya.

Berikut adalah di antara aset-aset hartanah yang dimiliki TH:

Kategori Hartanah
Negeri Menara
Pejabat 
Pejabat Rumah Kedai Kompleks TH  Kediaman/ Rumah Rehat TH Kilang Hospital Hypermarket Tanah Jumlah
Perlis - - 2 - - - - - - 2
Kedah - 3 11 1 - - - - 2 15
Pulau Pinang - 3 3 1 - - - - - 9
Perak 1 1 7 0 - - - 1 1 10
Selangor 1 4 7 1 - 4 1 1 - 20
Wilayah Persekutuan 11 1 2 - 1 - - - 3 18
Negeri Sembilan - 4 7 - - - 2 - 3 16
Melaka - 2 1 - - - - - 1 4
Johor 1 5 1 - 1 - - - 2 10
Pahang - 5 7 - 1 1 - - 3 17
Terengganu - 2 5 - - - - -   8
Kelantan 1 1 9 1 - - - -   11
Sabah - 1 4 1 - - - - 1 7
Sarawak - - 8 - - - - - 2 10
Jumlah Keseluruhan 15 33 74 5 3 5 3 2 18 157

 

Menara TH Platinum
Alamat No. 9 Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur
Jenis Bangunan Bangunan Pejabat
Fasiliti
  • 38 Tingkat
  • Ruang pejabat
  • Kemudahan tempat letak kereta yang disediakan adalah megikut nisbah 1,000kps:1 petak sewa kereta
  • Berdekatan dengan stesen LRT Ampang Park dan Stesen MRT KLCC East yang dijangka siap pada tahun 2021
  • Bangunan ini menyediakan penyewa bertaraf korporat dengan kelayakan Green Building

 

Menara TH Selborn
TH Selborn Alamat 153 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
Jenis Bangunan Bangunan Pejabat
Fasiliti
  • 28 Tingkat
  • Berdekatan dengan bangunan besar seperti Menara Celcom, Wisma PERKESO dan kondominium Setia Sky dan the Orion 
  • MRT laluan bawah tanah (jangkaan siap tahun 2020) 
  • Food court di tingkat bawah 
  • Kemudahan tempat letak kereta yang disediakan adalah megikut nisbah 1,000kps:1 petak sewa kereta 
  • Bangunan ini menyediakan penyewa bertaraf korporat dengan kelayakan Green Building


 

Menara TH Uptown
TH Uptown Alamat No.3 Jalan SS 21/39 Damansara Utama, 47400 Kuala Lumpur
Jenis Bangunan Bangunan Pejabat
Fasiliti
  • 13 Tingkat
  • Merupakan kawasan komersil yang popular di Damansara
  • Berkedudukan di tengah hab komersil Damansara Utama.
  • Terdapat kemudahan seperti pusat perbankan, kedai, restoran, hotel dan pejabat 
  • Berdekatan dengan The Starling Mall, pusat membeli-belah bertemakan “the mall in a park”
  • Pengangkutan awam seperti bas RAPID dan MRT Taman Tun Dr Ismail serta LRT Kelana Jaya . Terdapat shuttle bus yang melalui MRT dan LRT ini 
  • Kemudahan tempat letak kereta yang disediakan adalah megikut nisbah 1,000kps:1 petak sewa kereta 

 

Menara TH Perdana
TH Perdana Alamat 1001 Jalan Sultan Ismail, 50350 Kuala Lumpur.
Jenis Bangunan Bangunan Pejabat
Fasiliti
  • 42 Tingkat
  • Kemudahan sedia ada seperti pusat perbankan, kedai, restoran, hotel dan pejabat
  • Berada di kawasan tumpuan orang ramai dan terletak sebelah di sebelah Maju Junction Mall
  • Stesen LRT Sultan Ismail dan Monorel Medan Tuanku yang berdekatan (covered bridge

 

Menara TH Plaza Sentral
TH Plaza Sentral Alamat Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral, 50470 Kuala Lumpur.
Jenis Bangunan Bangunan Pejabat
Fasiliti
  • 13 Tingkat
  • Kemudahan pelbagai pengangkutan awam seperti LRT, ERL, Komuter, KTM, Stesen Bas dan Teksi.
  • Perkhidmatan terus ke KLIA dari stesen KL SENTRAL
  • Terletak di lokasi yang strategik di Plaza Sentral
  • Kemudahan restoran dan “food court” dikawasan sekeliling
  • Terletak di kawasan tumpuan orang ramai kerana bersebelahan dengan NU Sentral, hotel, pusat perbankan, pejabat dan restoran
  • Berstatus MSC 
  • Kemudahan tempat letak kereta yang disediakan adalah megikut nisbah 1,000kps:1 petak sewa kereta

 

Menara TH Damansara
TH Damansara Alamat No.1 Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur
Ketinggian 25
Fasiliti
  • Kemudahan tempat letak kereta
  • Berdekatan dengan pusat membeli-belah Glo Damansara
  • Stesen MRT di TTDI Sg Buloh, Bas dan Teksi
  • Akses ke Lebuhraya Sprint, NKVE, LDP


 

Menara Bank Islam
Bank Islam Alamat No. 20 & 23, Presint 3, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 62100 Putrajaya.
Ketinggian 35
Fasiliti
  • Monorel Raja Chulan / Putra LRT KLCC
  • Berhampiran hotel & KLCC
  • Kemudahan tempat letak kereta

 

Kompleks Pentadbiran Islam Putrajaya
Kompleks Pentadbiran Islam Putrajaya Alamat No. 20 & 23, Presint 3, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 62100 Putrajaya
Jenis Bangunan 4 blok dari Bangunan Pejabat


TH Hotel & Convention Centre KLIA
TH Hotel & Convention Centre KLIA Alamat PT 76, Bandar Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang, Selangor.
Jenis Bangunan Hotel Penginapan bertaraf 4 bintang & 2 tingkat, Pusat Konvensyen Dewan Pameran dan Tempat letak kereta bertingkat

 

TH Hotel & Convention Centre Kuching
TH Hotel & Convention Centre Kuching Alamat Lot 587 & 239, Kuching Central Land District, New Airport Road, Kuching
Jenis Bangunan Hotel penginapan bertaraf 4 bintang dengan 235 bilik dan pusat konvensyen

 

Luar Negara

TH turut membuat pelaburan hartanah luar negara bagi menjamin pendapatan jangkamasa panjang yang lebih stabil. Penglibatan TH dalam pasaran hartanah global telah meletakkan TH dalam liga yang sama dengan Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) yang lain.

Antara hartanah yang dimiliki oleh TH di luar negara adalah seperti berikut:

United Kingdom Australia Saudi
Centrica Global Headquarters
United Kingdom
747 Collins Street Melbourne Hajar Tower
Makkah
10 Queen Street Place London Imperial Hurstville Sydney Al-Haram Hotel
Madinah
Unilever House
United Kingdom
- Al-Saha Hotel
Madinah
- - Al-Anwar Hotel
Madinah

 

United Kingdom

Centrica Global Headquarters, United Kingdom
Centrica Global HQ Alamat Maidenhead Road
Windsor Berkshire SL4
5GD, United Kingdom
Jenis Bangunan Bangunan Pejabat
Tahun Pengambilalihan 2016
Saiz 121,014 sq ft
10 Queen Street Place, United Kingdom
Centrica Global HQ Alamat EC4R 1 BE, London, United Kingdom
Jenis Bangunan Bangunan Pejabat
Tahun Pengambilalihan 2012
Unilever House, United Kingdom
Unilever House Alamat Leatherhead Office Park,
Surrey United Kingdom
Jenis Bangunan Bangunan Pejabat
Ruang Bawah dan Dua
(2) Tingkat Atas
Tahun Pengambilalihan 2008

Australia

747 Collins Street, Melbourne, Australia
Australia 747 Jenis Bangunan Bangunan Pejabat 16 Tingkat
Tahun Pengambilalihan 2013
Penyewa Utama Australian Tax Office
Imperial Hurstville, Sydney
Australia Imperial Jenis Bangunan Apartment
Tahun Pengambilalihan 2015

Makkah

Hajar Tower, Makkah
Hajar Tower Jenis Bangunan
  • Hotel penginapan di bawah seliaan Movenpick Hotels & Resorts
  • 5 tingkat Bilik Hotel (215 unit)
Tempoh Pajakan

2010 - 2034

Madinah

Al-Haram Hotel, Madinah
Al-haram Tower Jenis Bangunan
  • Hotel penginapan bertaraf 5 bintang.
  • Berlokasi 60 meter dari Masjid Nabawi
Tempoh Pajakan  2012 - 2017
Al-Saha Hotel, Madinah
Al-Saha Hotel Jenis Bangunan
  • Hotel penginapan bertaraf 4 bintang.
  • Berlokasi 60 meter dari Masjid Nabawi
Tempoh Pajakan  2012 - 2017
Al-Anwar Hotel, Madinah
Al-Anwar Jenis Bangunan
  • Hotel penginapan bertaraf 5 bintang di bawah selian Movenpick Hotels & Resorts
  • Berlokasi 50 meter dari Masjid Nabawi
Tempoh Pajakan  2008 - 2017