Maklumat Imunisasi

Imuninsasi Wajib: 

Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135) Vaccine

  • Suntikan wajib untuk semua jemaah haji - arahan pihak berkuasa Arab.
  • Perlu diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ke Tanah Suci.
  • Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama dua (2) tahun.
  • Sila dapatkan dengan percuma di hospital / klinik kerajaan sahaja (rujuk Pejabat TH berhampiran).

Imunisasi Pilihan (dibiayai sendiri oleh Bakal Haji)

Bakal jemaah haji amat digalakkan mengambil suntikan Imunisasi pilihan ini untuk membina daya pertahanan badan melawan penyakit sebagaimana yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu 

Influenza Vaccine

  • Terbaik diambil sebulan sebelum berangkat ke Tanah Suci.
  • Selamat diambil kecuali mereka yang alergik terhadap telur.
  • Bakal Haji berumur 50 tahun ke atas atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, sakit paru-paru, sakit ginjal, endokrin amat digalakkan mengambil vaksin ini.
  • Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama 1 tahun.

Pneumokokus Vaccine

  • Bakal Haji berumur 50 tahun keatas atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, sakit paru-paru, sakit ginjal, endokrin amat digalakkan mengambil vaksin ini untuk mencegah radang serius di paru-paru yang disebabkan oleh bakteria.
  • Penyakit ini merupakan penyakit utama dikalangan kanak- kanak dan warga tua di Tanah Suci.
  • Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama 5 tahun.