
SARAWAK, 11 Oktober 2025 - TH telah menerima penghargaan sebagai Rakan Filantropi bertaraf Diamond daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam satu majlis yang diadakan di Kuching, Sarawak.
Penghargaan ini diberikan atas inisiatif dan usaha jitu TH dalam memperkasakan pembelajaran di peringkat tinggi melalui Program Iqra’ TH IPTA yang memberi manfaat kepada pelajar-pelajar asnaf di UNIMAS berjumlah RM1.1 juta bagi tahun 2023 hingga 2025.
Anugerah tersebut disampaikan oleh YBhg. Profesor Dr. Ahmad Hata bin Rasit, Naib Canselor UNIMAS kepada YBhg. Datuk Nurlaila binti Haji Said, Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak.
TH akan terus memainkan peranan aktif dalam membantu golongan asnaf dan pelajar yang memerlukan agar mereka mampu mencapai kecemerlangan akademik serta menyumbang kembali kepada masyarakat dan negara pada masa hadapan.
