
Jawapan
Lembaga Tabung Haji (TH) merujuk kepada syarikat dan laman sesawang AMAL TRUST (https://amal-trust.com) yang menggunakan logo TH bagi tujuan promosi aktiviti pelaburan. Syarikat ini tidak diberikan kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menjalankan aktiviti pelaburan (rujuk senarai syarikat tidak berlesen di pautan Bank Negara Malaysia - https://www.bnm.gov.my/index.php?lang=en&ch=en_financialconsumeralert).
- TH tertakluk kepada Akta Tabung Haji 1995 yang memperuntukkan urusan berkenaan pelaburan aset TH serta peraturan berkaitan urusan deposit dan pengeluaran TH.
- TH tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat yang menggunakan logo TH bagi tujuan promosi aktiviti pelaburan tanpa kebenaran.
- TH juga menasihati agar masyarakat khususnya para pendeposit agar berhati-hati dan berwasapada serta tidak mudah percaya kepada pelaburan palsu atau tidak berlesen.
Sekian, terima kasih.
Topik FAQ
Publish date