
Jawapan
Lembaga Tabung Haji (TH) merujuk kepada penularan maklumat yang kononnya maklumat akaun pendeposit dan ingin membuat penjelasan berikut:
- TH tertakluk kepada Akta Tabung haji 1995 dan Akta Perlindungan Data Peribadi berhubung pendedahan maklumat peribadi para pendeposit/pemilik akaun kepada pihak ketiga tanpa kebenaran pendeposit/pemilik akaun tersebut.
- TH tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mendedahkan maklumat peribadi bagi melindungi para pendeposit.
- TH juga menasihati agar masyarakat khususnya para pendeposit untuk tidak mudah percaya dengan penularan berita tidak sahih di media sosial.
Sekian, terima kasih.
Topik FAQ
Publish date