

Dato’ Mohd Sallehhuddin Hassan adalah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) sejak 1 Februari 2020.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Diploma Pengurusan Awam dari Institut Pentadbiran Awam Negara (INTAN), Malaysia.
Beliau telah berkhidmat lebih daripada 30 tahun di beberapa jabatan dan bahagian Kerajaan termasuk Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Perdana Menteri.
Pada tahun 2018, beliau telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Dato’ Mohd Sallehhuddin kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam pada tahun 2019.
Dato’ Mohd Sallehhuddin Hassan dilantik sebagai Anggota Lembaga TH pada 16 Jun 2020.