Lain-Lain

Pelaburan TH tidak hanya tertumpu pada asas pelaburan yang berlandaskan Ekuiti, Pendapatan Tetap dan Hartanah. TH juga membuat pelaburan strategik dalam pelbagai sektor ekonomi patuh-syariah melalui anak-anak syarikat. TH turut memperkenalkan produk pelaburan; Dana Al-Ansar, bagi tujuan pembiayaan kepada usahawan-usahawan kecil Bumiputera selaras dengan usaha Kerajaan memperkasakan Agenda Pembangunan Bumiputera Negara.

Pelaburan Strategik Anak Syarikat

Pelaburan strategik melalui anak syarikat merupakan testimoni kesungguhan TH untuk mengembangkan perniagaan dalam sektor patuh syariah yang telah dikenal pasti. Penglibatan TH dalam pelaburan anak syarikat dan syarikat usaha sama merangkumi beberapa sektor utama iaitu:

  • Kewangan Islam: BIMB Holdings Berhad
  • Perladangan: TH Plantations Berhad
  • Pembangunan Hartanah dan Pembinaan: TH Properties Sdn Bhd
  • Hospitaliti: TH Hotel & Residence Sdn Bhd
  • Teknologi Maklumat: Theta Edge Berhad
  • Sokongan Marin: TH Marine Holding (c) Inc

Dana Bumiputera Al-Ansar

Dana Bumiputera Al-Ansar yang dilancarkan merupakan Akaun Pelaburan Terhad (Restricted Investment Account “RIA”) yang pertama di Malaysia yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA). Dana ini menyediakan kemudahan pembiayaan dan kredit bernilai antara RM50,000 hingga RM1 juta dalam tempoh 5 tahun, dengan tawaran kontrak yang mematuhi Syariah iaitu Kontrak Tawarruq. 

Lembaga Tabung Haji telah memperuntukkan sebanyak RM200 juta untuk dana ini dan Bank Islam Malaysia Berhad dilantik sebagai agen Pengurus dana (Program Pembiayaan PKS Al-Ansar) bagi menyalurkan kemudahan pembiayaan tersebut kepada usahawan-usahawan Bumiputera terpilih. Jenis produk yang ditawarkan adalah seperti Pembiayaan Perniagaan-i  (Tawarruq) dan Ijarah Thumma Bai-i.

Peruntukan dan Pengurusan Dana 

Salah satu inisiatif Tabung Haji untuk menyahut seruan YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dalam ucapan beliau ketika pembentangan bajet 2015 yang bertajuk “Ekonomi Keperluan Rakyat”:

STRATEGI KEEMPAT: MEMPERKASA AGENDA BUMIPUTERA 
Tindakan Ke-3: PKS Bumiputera

Bagi PLS Bumiputera pula, antara inisiatif-inisiatif khusus yang akan dilaksanakan melalui Bajet 2015 adalah seperti berikut:

"Pertama Lembaga Tabung Haji akan memperuntukkan 200 juta ringgit bagi penubuhan Akaun Pelaburan Terhad patuh syariah di Bank Islam. Tujuan akaun ini adalah bagi menyedia kemudahan pembiayaan dan kredit yang bernilai antara 50 ribu hingga 1 juta ringgit mulai Januari 2015.”

Dana Bumiputera Al-Ansar bertujuan untuk memberi perkhidmatan dan bantuan kepada usahawan Bumiputera dalam urusan untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan dan kredit untuk menjalankan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Program ini terbuka kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) milik Bumiputera Islam, yang berkelayakan sama ada pemilikan tunggal, perkongsian dan syarikat sendirian berhad yang menjalankan aktiviti perniagaan yang berlandaskan syariah.

Ini juga selari dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera dengan menggalakkan usahawan Bumiputera dari segi kemudahan pembiayaan seperti pembiayaan modal kerja, pembiayaan kontrak, dan perbelanjaan modal.

Produk Akaun Pelaburan Terhad

Memberi bantuan modal, dapat membantu industri SME negara dalam menghadapi cabaran dan terus berdaya saing serta mengambil peluang yang sedia ada di bawah komuniti ekonomi ASEAN.

Kriteria Pembahagian Dana

iteria-kriteria yang menentukan pembahagian dana adalah seperti berikut::

Kriteria Indikatif Pelaburan Data Bumiputera Al-Ansar
Dana Pelaburan Sehingga RM 200 juta
Kontrak Syariah Tawarruq
Tempoh Pelaburan 5 tahun (2015 - 2020)
Jumlah Pembiayaan RM 50,000 – RM 1,000,000
Pemilikan Dimiliki sepenuhnya oleh syarikat / usahawan Bumiputera Muslim
Jenis Perniagaan Syarikat / Pemilikan Tunggal (operasi perniagaan sepenuh masa)
Rekod Keuntungan Syarikat mencapai keuntungan sekurang-kurangnya setahun / breakeven
Tempoh Pembiayaan Tidak melebihi 5 tahun
Jenis Pembiayaan
  • Pembiayaan Jangka / Berkala
  • Pembiayaan Dagangan
  • Pembiayaan Kontrak
  • Pembiayaan Modal Kerja
  • Pembiayaan Perbelanjaan Modal dan
  • Pelbagai Produk Bank Islam

Had kelayakan pembiayaan yang ditawarkan ialah dari RM 50 ribu hingga RM1 juta. Manakala bagi tempoh kemudahan pembiayaan yang dibenarkan adalah dari 3 sehingga 5 tahun.

Kadar keuntungan yang dikenakan adalah pada kadar tetap 4.5% setahun sepanjang tempoh pembiayaan yang dikira berdasarkan kadar rata.

Kriteria Kelayakan Yang Diperlukan

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) milik Bumiputera Islam perlu memenuhi semua perkara di bawah bagi membolehkan mereka layak untuk memohon pembiayaan ini:

  • Kemudahan ini akan digunakan untuk barangan dan operasi perniagaan yang “HALAL” sahaja.
  • Dimiliki sepenuhnya (100%) oleh Bumiputera Islam
  • Perniagaan aktif beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun
  • Perniagaan merekodkan keuntungan minima 1 tahun

Keutamaan 11 Sektor Industri

Lembaga Tabung Haji juga akan memperuntukkan dana ini dengan memberi keutamaan kepada 11 sektor industri seperti Makanan Halal, Minyak dan Gas, Pendidikan, Kesihatan, Pertanian, Pertanian Asas dan Asas Tani, Pembinaan, Pengangkutan, Sokongan Telekomunikasi dan Utiliti, Borong dan Runcit, dan Hospitaliti. Ini adalah bertujuan untuk mengembangkan usahawan-usahawan Bumiputera yang khususnya berkecimpung di dalam sektor-sektor tersebut.

Para pelanggan yang berminat boleh mendapatkan borang daripada Bahagian Perbankan Komersial, Ibu Pejabat Bank Islam atau cawangan Bank Islam yang berhampiran. Borang yang telah lengkap dan ditandatangani hendaklah dikemukakan dengan dokumen sokongan ke Bahagian Perbankan Komersil, Ibu Pejabat Bank Islam atau mana-mana cawangan Bank Islam yang terdekat.

Untuk maklumat lanjut berkaitan dana ini, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Islam di talian 03 26900 900 atau E-mail: contactcenter@bankislam.com.my