Balai Berita

2022

Oktober 2022

Oktober 12

12 Oktober 2022 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH Serahkan Zakat RM8.1 Juta Kepada MAIDAM

KUALA TERENGGANU, 12 Oktober 2022: Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan Zakat Perniagaan berjumlah RM8,116,871.20 bagi tahun kewangan berakhir 2021 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Oktober 07

7 Oktober 2022 Kenyataan Akhbar | Korporat
Belanjawan Komprehensif Untuk Keluarga Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 OKTOBER 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik Bajet 2023 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan YB Senator Tengku Dato’ Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz pada hari ini.

September 2022

September 26

26 September 2022 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH Sumbang Sebuah Van Kepada Pondok Fii Dzilalil Qu’ran

KOTA BELUD, 26 September 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyumbang sebuah van serbaguna kepada Pondok Fii Dzilalil Qu’ran, Kota Belud, Sabah di satu Majlis Serahan Van Program Mobiliti TH di sini.

26 September 2022 Berita | Korporat
TH Sumbang Sebuah Van Kepada Pondok Fii Dzilalil Qu’ran

KOTA BELUD, 26 September 2022 - Lembaga Tabung (TH) hari ini, menyumbang sebuah van serbaguna kepada Pondok Fii Dzilalil Qu’ran, Kota Belud, Sabah di satu Majlis Serahan Van Program Mobiliti TH di sini.

September 22

22 September 2022 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH Catat Pendapatan RM1.47 Bilion Separuh Tahun Pertama 2022

KUALA LUMPUR, 22 September 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) mencatat jumlah pendapatan sebanyak RM1.47 bilion dalam separuh tahun pertama 2022 dengan jumlah deposit berjumlah RM88.09 bilion, iaitu paras tertinggi sejak 59 tahun penubuhan TH.

September 03

3 September 2022 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH Heavy Engineering Bukan Anak Syarikat Tabung Haji

KUALA LUMPUR, 3 Sept 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) merujuk kepada beberapa laporan akhbar mengenai TH Heavy Engineering Berhad (THHE) dan ingin membuat penjelasan berikut:-

Ogos 2022

Ogos 30

30 Ogos 2022 Kenyataan Akhbar | Korporat
Ambil Langkah Berjaga Dan Waspada Helah 'Scammer'

KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan para pendeposit untuk mengambil langkah keselamatan dengan menghadkan jumlah pindahan harian melalui perbankan internet bank-bank rakan strategik TH dan membuat semakan penyata akaun secara berkala melalui aplikasi THiJARI.

Ogos 22

22 Ogos 2022 Kenyataan Akhbar | Korporat
Tabung Haji Serahkan Zakat Perniagaan Lebih RM8 Juta Kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

GEORGETOWN, 22 Ogos 2022: Lembaga Tabung Haji (TH) serahkan Zakat Perniagaan bagi tahun kewangan 2020 dan 2021 bernilai RM8,040,457.49 kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di Sri Mutiara, Jalan Utama, Pulau Pinang.

22 Ogos 2022 Berita | Korporat
Zakat Perniagaan TH Sebanyak RM8,040,457.49 Diserahkan Kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)

PULAU PINANG, 22 Ogos 2022 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat Perniagaan bagi tahun kewangan 2020 dan 2021 bernilai RM8,040,457.49 kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di Sri Mutiara, Jalan Utama, Pulau Pinang. Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak telah menerima bayaran zakat perniagaan tersebut bagi pihak MAINPP yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi TH, Tuan Haji Mohamed Ameen Abdul Wahab.

19 Ogos 2022 Berita | Korporat
TH Menyumbang Hadiah Utama Kepada Peserta Tilawah Al-Quran

TERENGGANU, 19 Ogos 2022 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menyumbangkan hadiah-hadiah utama bagi 4 kategori iaitu Juara Tilawah Al-Quran (Lelaki dan Perempuan) serta Juara Hafazan Al-Quran (Lelaki dan Perempuan) berupa wang tunai bernilai RM8,000.00 setiap satu.