Balai Berita

2012

November 2012

November 01

1 November 2012 Kenyataan Akhbar | Korporat
Program Bantuan Pendidikan 2012 Peringkat Negeri Kedah

ALOR SETAR, Khamis, 1 November 2012: Lembaga Tabung Haji (TH), selaras dengan komitmennya untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat khususnya komuniti Islam yang lestari, hari ini mengagihkan bantuan pendidikan kepada 100 orang pelajar daripada empat buah sekolah rendah terpilih di sekitar daerah Alor Setar.

Oktober 2012

31 Oktober 2012 Berita | Korporat
MAJLIS KEBERANGKATAN TIBA YANG DI-PERTUAN AGONG DAN SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Hamidun selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim selepas selesai menunaikan fardu haji.Pesawat khas yang membawa baginda serta rombongan tiba dari Jeddah, Arab Saudi telah tiba pukul 8.55 malam di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Baginda turut disambut oleh Haji Abdul Halim Md Jamil, Pengurus Besar Kanan Pengurusan Hartanah dan Pentadbiran dan merangkap Timbalan Pengarah Gerakan bagi musim Haji 1433H.

Oktober 31

31 Oktober 2012 Kenyataan Akhbar | Korporat
Program Bantuan Pendidikan Tabung Haji 2012 Peringkat Negeri Sembilan

SEREMBAN, Rabu, 31 Oktober 2012: Lembaga Tabung Haji (TH), selaras dengan komitmennya untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat khususnya komuniti Islam yang lestari, hari ini mengagihkan bantuan pendidikan kepada 100 orang pelajar daripada lima buah sekolah menengah terpilih di sekitar daerah Seremban.

Oktober 30

30 Oktober 2012 Kenyataan Akhbar | Korporat
Program Bantuan Pendidikan Tabung Haji 2012 Peringkat Negeri Melaka

BATU BERENDAM, Selasa, 30 Oktober 2012: Lembaga Tabung Haji (TH), selaras dengan komitmennya untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat khususnya komuniti Islam yang lestari, hari ini mengagihkan bantuan pendidikan kepada 200 orang pelajar daripada tiga buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah terpilih di sekitar daerah Batu Berendam, Melaka.

Oktober 30

30 Oktober 2012 Kenyataan Akhbar | Korporat
Program Bantuan Pendidikan Tabung Haji 2012 Peringkat Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR, Selasa, 30 Oktober 2012: Lembaga Tabung Haji (TH), selaras dengan komitmennya untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat khususnya komuniti Islam yang lestari, hari ini mengagihkan bantuan pendidikan kepada 200 orang pelajar daripada beberapa buah sekolah di sekitar Wilayah Persekutuan.

Oktober 29

29 Oktober 2012 Kenyataan Akhbar | Korporat
Majlis Penyerahan Kuih Raya Sumbangan Perdana Menteri dan Isteri Kepada Jemaah Haji Malaysia

Makkah 29 Oktober 2012. Menteri di Jabatan Perdana, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, hari ini menyerahkan kuih raya dan kad hari raya kepada jemaah haji Malaysia yang berada di Bangunan Abraj Al Janariah pagi ini.

22 Oktober 2012 Berita | Korporat
MAJLIS SIMBOLIK PENYERAHAN KUIH RAYA KEPADA JEMAAH HAJI MALAYSIA DI TANAH SUCI

Lembaga Tabung Haji menerima 31,000 bungkusan sumbangan kuih dan kad raya Aidiladha daripada YAB Perdana Menteri untuk diagihkan kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunaikan haji di Makkah. Najib menyampaikan sumbangan untuk jemaah haji kepada Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Kamarudin Mat Ali di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Oktober 22

22 Oktober 2012 Kenyataan Akhbar | Korporat
Program Bantuan Pendidikan Tabung Haji Peringkat Negeri Johor

JOHOR BAHRU, Isnin, 22 Oktober 2012: Lembaga Tabung Haji (TH), selaras dengan komitmennya untuk menyumbang ke arah pembangunan masyarakat khususnya komuniti Islam yang lestari, hari ini mengagihkan bantuan pendidikan kepada 200 orang pelajar daripada enam buah sekolah rendah dan menengah terpilih di sekitar daerah Johor Bahru.

Oktober 19

19 Oktober 2012 Kenyataan Akhbar | Korporat
Seri Paduka Baginda Dan Raja Permaisuri Agong Selamat Tiba Di Madinah

MADINAH, 19 Oktober 2012. Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah selamat tiba di Lapangan Terbang Putera Mohamed Abdul Aziz, Madinah kira-kira jam 3.10 petang waktu tempatan (8.10 malam waktu Malaysia).


19 Oktober 2012 Berita | Korporat
MAJLIS KEBERANGKATAN YANG DI-PERTUAN AGONG DAN SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG KE TANAH SUCI UNTUK MENUNAIKAN HAJI

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun selamat berangkat menunaikan fardu haji, dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.