Balai Berita

2021

September 2021

8 September 2021
Kenyataan AkhbarKorporat
KUALA LUMPUR, 8 September 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) mencatat jumlah pendapatan sebanyak RM1.52 bilion dalam setengah tahun pertama yang berakhir pada 30 Jun 2021 berbanding dengan RM1.55 bilion untuk tempoh yang sama pada tahun 2020. Walaupun menurun satu peratus, pencapaian ini mencerminkan ketahanan TH menangani kelembapan ekonomi dan perniagaan yang sukar pada masa kini.
3 September 2021
Kenyataan AkhbarKorporat
KUALA LUMPUR, 3 September 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini melancarkan Rangka Kerja Pengawasan (RKP) sebagai asas kawalan tadbir urusnya dalam usaha memastikan ia dapat menunaikan mandat pengurusan haji bertaraf dunia dengan lebih berkesan dan lestari.

Ogos 2021

26 Ogos 2021
Kenyataan AkhbarSimpanan
KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan kepada para pendeposit TH khususnya yang telah melebihi umur 18 tahun tetapi masih memegang Akaun Kanak-Kanak di bawah jagaan untuk bertukar status kepada Akaun Dewasa.
12 Ogos 2021
Kenyataan AkhbarKorporat
KUALA LUMPUR, 12 Ogos 2021 - Inisiatif Pelaburan Rakyat PERKUKUH akan menjadi pemangkin kepada transformasi Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), termasuk Lembaga Tabung Haji (TH).

Julai 2021

18 Julai 2021
Kenyataan AkhbarKorporat
KUALA LUMPUR, 18 Julai 2021 – Pelbagai pandangan telah disuarakan tentang pengumuman Kerajaan ke atas Lembaga Tabung Haji (TH). Ini menggambarkan keprihatinan semua pemegang taruh terhadap TH sebagai institusi unggul dalam pengurusan jemaah haji dan TH amat menghargai semua pandangan ini.
14 Julai 2021
Kenyataan AkhbarKorporat
KUALA LUMPUR, 14 Julai 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) mengambil maklum dan menyambut baik keputusan Kerajaan untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas isu-isu berbangkit mengenai TH hasil pengauditan perunding-perunding dari tahun 2014 hingga 2020.
5 Julai 2021
Kenyataan AkhbarKorporat
KUALA LUMPUR, 5 Julai 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) baru-baru ini telah memenangi Anugerah Kecemerlangan Teknologi Malaysia 2021 (Malaysian Technology Excellence Award) dalam kategori Perkhidmatan Dalam Talian - Perkhidmatan Kewangan buat julung-julung kalinya bagi platform THiJARI yang dianugerahkan oleh Singapore Business Review.

Jun 2021

13 Jun 2021
Kenyataan AkhbarHaji
KUALA LUMPUR, 13 Jun 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) menangguhkan semua urusan berkaitan operasi haji bagi Musim Haji 1442H/2021M selaras dengan keputusan muktamad Kerajaan Arab Saudi bahawa tiada jemaah negara luar termasuk Malaysia yang akan dibenarkan ke Tanah Suci untuk menunaikan haji, atas faktor keselamatan dan kesihatan semua.
10 Jun 2021
Kenyataan AkhbarHaji
KUALA LUMPUR, 10 Jun 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) ingin menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dengan tawaran badal (upah) haji yang sering dipromosikan di media sosial oleh agensi pelancongan dan individu tertentu. 
4 Jun 2021
Kenyataan AkhbarHaji
KUALA LUMPUR, 4 Jun 2021 – Bakal haji Malaysia dinasihatkan untuk sabar menunggu pengumuman rasmi dari Lembaga Tabung Haji (TH) mengenai status ibadat haji tahun ini. TH akan memaklumkan sebaik sahaja keputusan rasmi diperolehi dari Kerajaan Arab Saudi berkaitan jumlah kuota jemaah haji negara, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaan ibadah haji untuk musim ini.