Balai Berita

2022

Julai 2022

Julai 18

18 Julai 2022 Kenyataan Akhbar | Haji
298 Jemaah Haji Malaysia Kumpulan Pertama Selamat Tiba Di Tanah Air

SEPANG, 18 JULAI 2022 – Kumpulan pertama yang terdiri daripada 298 jemaah haji Malaysia telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 9.05 pagi hari ini menerusi penerbangan Saudia Airlines SV 5612 yang berlepas dari Jeddah jam 7.10 malam (waktu Arab Saudi) pada 17 Julai 2022.

Julai 12

12 Julai 2022 Kenyataan Akhbar | Haji
Dakwaan ‘Kartel’ Tidak Benar

KUALA LUMPUR, 12 JULAI 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) merujuk kepada beberapa kenyataan berkenaan pemilihan syarikat pelancongan untuk mengendalikan pakej swasta ibadat haji oleh TH.

Julai 06

6 Julai 2022 Kenyataan Akhbar | Haji
TH Saran Guna Pengelola Jemaah Haji Yang Dilesenkan

Lembaga Tabung Haji (TH) menasihati umat Islam negara supaya lebih teliti dan berhati-hati dengan pakej haji 1443H/2022M yang ditawarkan segelintir agensi pelancongan yang tidak dilesenkan oleh TH.

Jun 2022

Jun 27

27 Jun 2022 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH Sumbang 40 Van Serbaguna Kepada Masjid, Surau, Pusat Tahfiz & Rumah Kebajikan Terpilih Seluruh Negara

PUTRAJAYA, 27 JUN 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menyumbang sebanyak 40 buah kenderaan (van serbaguna) bernilai RM5.4 juta kepada masjid, surau, Pusat Tahfiz serta rumah kebajikan terpilih menerusi Program Mobiliti TH di Majlis Serahan Perdana Program Mobiliti TH di Dataran Kompleks Islam, Putrajaya.

Jun 22

22 Jun 2022 Kenyataan Akhbar | Haji
Pelaksanaan Tahun Ketiga Makkah Route Untuk Keselesaan Jemaah Malaysia Lambang Kepercayaan Kerajaan Arab Saudi

SEPANG, 22 JUN 2022: Pelaksanaan Program Pra pelepasan Jemaah Haji atau ‘Makkah Route’ bagi Jemaah Haji Malaysia pada tahun ini melambangkan kepercayaan Kerajaan Arab Saudi kepada pengurusan Lembaga Tabung Haji disamping disiplin tinggi oleh jemaah haji negara.

Jun 20

20 Jun 2022 Kenyataan Akhbar | Haji
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Berkenan Mencemar Duli Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Malaysia Ke Tanah Suci Musim 1443H/2022M

SEPANG, 20 JUN 2022: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan mencemar duli berangkat hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada 291 orang bakal Jemaah Haji Malaysia di Kompleks Haji Sepang (Movenpick) hari ini.

Jun 04

4 Jun 2022 Kenyataan Akhbar | Haji
298 Bakal Jemaah Haji Malaysia Berlepas Ke Tanah Suci Petang Ini

SEPANG, 4 JUN 2022: Seramai 298 bakal jemaah haji Malaysia musim 1443H/2022 dijadual berlepas ke Tanah Suci pada hari ini. Penerbangan pertama pada hari ini dijadual berlepas pada jam 1.35 tengah hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang menerusi penerbangan Saudi Airlines (SV 5635) dan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada jam 4.55 petang waktu Arab Saudi.

Mei 2022

Mei 24

24 Mei 2022 Kenyataan Akhbar | Korporat
TH Dan Malaysia Airlines Memeterai Perjanjian Penerbangan Carter Haji

PETALING JAYA, 24 MEI 2022: Malaysia Airlines Berhad (MAB) telah memeterai perjanjian penerbangan carter haji selama tiga tahun bersama Lembaga Tabung Haji (TH) untuk menyediakan operasi penerbangan cater haji bagi jemaah dari Malaysia.

Mei 21

21 Mei 2022 Kenyataan Akhbar | Haji
TH Anjur Kursus Perdana Haji Secara Berperingkat Di Seluruh Negara

SHAH ALAM, 21 MEI 2022: Lembaga Tabung Haji (TH) menganjurkan Kursus Perdana Haji Musim 1442H/2022M secara berperingkat di seluruh negara bermula 15 Mei sehingga 29 Mei 2022.

Mei 10

10 Mei 2022 Kenyataan Akhbar | Simpanan
Kemudahan Janji Temu Mudahkan Urusan Pendeposit TH

KUALA LUMPUR, 10 MEI 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) sukacitanya memaklumkan semua pendeposit yang ingin berurusan di kaunter TH boleh membuat janji temu sebelum hadir di mana-mana 123 pejabat cawangan TH seluruh negara bermula 10 Mei 2022.