Ketua Pegawai Sumber Manusia
Mohd Hisham Harun memulakan karier awalnya pada tahun 1993 sebagai auditor dan kemudiannya Perunding Kewangan Korporat di Coopers & Lybrand/Pricewaterhouse Coopers. Beliau menyertai TH pada 1999 sebagai Pengurus Kanan di Perancangan Korporat sebelum dilantik sebagai Pengurus Besar untuk mengetuai Bahagian Pengurusan Pelaburan pada 2004. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengurus Besar Kanan, Kewangan Korporat dan Perkhidmatan pada tahun 2011 dan bertanggungjawab untuk mengenalpasti peluang pelaburan berkaitan dengan pembangunan syarikat pelaburan melalui susun atur korporat, penilaian peluang pelaburan untuk saham tidak tersenarai dan pelaburan hartanah.
Seterusnya pada tahun 2014, beliau telah dilantik sebagai Pengurus Besar Kanan (Sumber Manusia) dan bertanggungjawab mengurus dan membangunkan modal insan secara terancang dan strategik bagi mencapai kecemerlangan organisasi.