Skip to main content
  • English
  • Bahasa Malaysia
Home
  • Korporat

    Informasi Korporat

    • Tentang Kami
    • Data & Statistik
    • Logo TH
    • Notis Privasi
    • Laporan Tahunan
    • Pencapaian & Anugerah

    Struktur Organisasi

    • Carta Organisasi
    • Lembaga
    • Barisan Pengurusan TH

    Integriti

    • Dasar-Dasar Integriti
    • e-Whistleblowing

    Tanggungjawab Sosial Korporat

    • Tentang CSR
    • Program Zakat
    • Sumbangan
    • Yayasan TH

    Direktori

    • Ibu Pejabat TH
    • Pejabat Cawangan TH
    • Subsidiari TH
  • Simpanan

    Maklumat Am

    • Simpanan
    • Pembukaan Akaun
    • Penutupan Akaun
    • Penamaan Waris
    • Data & Statistik
    • Hibah TH

    Perkhidmatan

    • Rakan Strategik TH
    • Pusat Perkhidmatan Kewangan (IFiC)
    • Pusat Perkhidmatan TH
    • TH Komuniti
    • Hibah Amanah TH

    Soalan Lazim

    • Simpanan
    • THiJARI
  • Haji

    Maklumat Am

    • Pendaftaran Haji
    • Kos Haji dan Bayaran
    • Kuota Haji
    • Bimbingan
    • Operasi Haji
    • Data & Statistik

    Perkhidmatan

    • Pengurusan Haji
    • Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)
    • PEKTA & PIHTAS
    • Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH)
    • Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH)
  • Pelaburan

    Maklumat Am

    • Pelaburan

    Pelaburan TH

    • Ekuiti
    • Pendapatan Tetap
    • Hartanah
    • Lain-lain

    Pelaburan Strategik

    • Kewangan Islam
    • Perladangan
    • Pembangunan dan Pembinaan Hartanah
    • Hospitaliti
    • Perkhidmatan Lain

    Soalan Lazim

    • Pelaburan
  • Media

    Berita

    • Balai Berita

    Galeri

    • Galeri Foto
    • Galeri Video

    Khutbah Arafah

    • Video Khutbah Arafah

    Arkib

    • Balai Berita
    • Galeri Media
    • Laporan Tahunan TH

    Soalan Lazim

    • Isu-Isu Semasa
    • Korporat
    • Simpanan
    • Pelaburan
Menu
  • English
  • Bahasa Malaysia
  • Korporat
    • Informasi Korporat
      • Tentang Kami
      • Data & Statistik
      • Logo TH
      • Notis Privasi
      • Laporan Tahunan
      • Pencapaian & Anugerah
    • Struktur Organisasi
      • Carta Organisasi
      • Lembaga
      • Barisan Pengurusan TH
    • Integriti
      • Dasar-Dasar Integriti
      • e-Whistleblowing
    • Tanggungjawab Sosial Korporat
      • Tentang CSR
      • Program Zakat
      • Sumbangan
      • Yayasan TH
    • Direktori
      • Ibu Pejabat TH
      • Pejabat Cawangan TH
      • Subsidiari TH
  • Simpanan
    • Maklumat Am
      • Simpanan
      • Pembukaan Akaun
      • Penutupan Akaun
      • Penamaan Waris
      • Data & Statistik
      • Hibah TH
    • Perkhidmatan
      • Rakan Strategik TH
      • Pusat Perkhidmatan Kewangan (IFiC)
      • Pusat Perkhidmatan TH
      • TH Komuniti
      • Hibah Amanah TH
    • Soalan Lazim
      • Simpanan
      • THiJARI
  • Haji
    • Maklumat Am
      • Pendaftaran Haji
      • Kos Haji dan Bayaran
      • Kuota Haji
      • Bimbingan
      • Operasi Haji
      • Data & Statistik
    • Perkhidmatan
      • Pengurusan Haji
      • Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)
      • PEKTA & PIHTAS
      • Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH)
      • Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH)
  • Pelaburan
    • Maklumat Am
      • Pelaburan
    • Pelaburan TH
      • Ekuiti
      • Pendapatan Tetap
      • Hartanah
      • Lain-lain
    • Pelaburan Strategik
      • Kewangan Islam
      • Perladangan
      • Pembangunan dan Pembinaan Hartanah
      • Hospitaliti
      • Perkhidmatan Lain
    • Soalan Lazim
      • Pelaburan
  • Media
    • Berita
      • Balai Berita
    • Galeri
      • Galeri Foto
      • Galeri Video
    • Khutbah Arafah
      • Video Khutbah Arafah
    • Arkib
      • Balai Berita
      • Galeri Media
      • Laporan Tahunan TH
    • Soalan Lazim
      • Isu-Isu Semasa
      • Korporat
      • Simpanan
      • Pelaburan
Jata Negara Malaysia
 

You are here

  • Utama
  • Notis privasi th

Notis Privasi TH

Notis Privasi ini menggariskan cara TH mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menyusun, mengubah, menzahir, mengguna dan memusnahkan data peribadi anda berhubung dengan urusan penyimpanan dan pengurusan haji di TH (kemudian ini dirujuk sebagai memproses).

"TH" atau "kami" dalam notis ini merujuk kepada ibu pejabat TH dan cawangan kami di Malaysia dan negara lain.

Notis Privasi ini disediakan dalam versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Jika terdapat apa-apa ketaktekalan antara kedua-dua versi ini, versi bahasa Melayu akan digunakan. Jika terdapat percanggahan antara Notis Privasi ini dengan terma dan syarat produk atau perkhidmatan tertentu berkenaan cara kami memproses data peribadi anda, maka terma dan syarat produk atau perkhidmatan tertentu akan terpakai.

  • Data Peribadi
  • Pemberitahuan dan Persetujuan
  • Apakah jenis data peribadi yang kami kumpul?
  • Bagaimanakah kami mengumpul data peribadi anda?
  • Apakah tujuan memproses data peribadi anda?
  • Kepada siapakah kami mendedahkan data peribadi anda?
  • Bagaimanakah kami melindungi data anda?
  • Berapa lamakah kami boleh menyimpan data peribadi anda?
  • Perubahan Pada Notis Privasi
  • Bagaimanakah anda boleh mengakses/ membetulkan/ mengemas kini data peribadi anda?
  • Bagaimanakah anda boleh menghubungi kami?
  • Data Peribadi
  • Pemberitahuan dan Persetujuan
  • Apakah jenis data peribadi yang kami kumpul?
  • Bagaimanakah kami mengumpul data peribadi anda?
  • Apakah tujuan memproses data peribadi anda?
  • Kepada siapakah kami mendedahkan data peribadi anda?
  • Bagaimanakah kami melindungi data anda?
  • Berapa lamakah kami boleh menyimpan data peribadi anda?
  • Perubahan Pada Notis Privasi
  • Bagaimanakah anda boleh mengakses/ membetulkan/ mengemas kini data peribadi anda?
  • Bagaimanakah anda boleh menghubungi kami?

Data Peribadi

"Data Peribadi" merujuk kepada apa-apa maklumat berkenaan dengan transaksi komersial yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan individu, yang dikenal pasti atau dapat dikenal pasti melalui maklumat itu atau daripada maklumat itu dan maklumat lain yang dimiliki oleh TH, termasuk apa-apa data peribadi sensitif dan pendapat yang dinyatakan tentang individu tersebut.

"Data Peribadi Sensitif" merujuk sebagai maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seseorang individu, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya dan kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, perlakuan atau penyataan perlakuan apa-apa kesalahan olehnya atau apa-apa data peribadi lain yang ditentukan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perlindungan data peribadi melalui perintah yang disiarkan dalam Warta

Pemberitahuan dan Persetujuan

Apabila anda meminta maklumat atau melanggan produk dan perkhidmatan kami, anda mungkin dikehendaki memberikan data peribadi anda kepada TH. Dengan berbuat demikian, anda bersetuju dengan penggunaan data peribadi anda oleh TH menurut Notis Privasi ini. Data peribadi anda juga mungkin telah dikemukakan kepada TH oleh pihak ketiga (contohnya, oleh pasangan anda, syarikat di mana anda merupakan pengarahnya, pegawai atau pemegang saham, atau perkongsian di mana anda merupakan rakan kongsi) untuk produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pihak ketiga berkenaan daripada kami. Dalam konteks ini, terma anda dalam Notis Privasi ini juga akan digunakan bagi mana- mana individu yang mana data peribadinya telah dikemukakan kepada TH dan/atau telah diperolehi menerusi kaedah seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 4 Notis Privasi ini.

Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, untuk tidak memberikan data peribadi anda atau menarik balik persetujuan anda untuk membenarkan TH memproses data peribadi anda. Walau bagaimanapun, kegagalan memberikan data peribadi tersebut atau tindakan anda menarik balik persetujuan anda untuk memproses data peribadi yang diberikan mungkin mengakibatkan TH tidak dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda secara berkesan dan berterusan.

Apakah jenis data peribadi yang kami kumpul?

Jenis data peribadi yang kami kumpul termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama, alamat perhubungan, umur, pekerjaan, status perkahwinan, maklumat kewangan, kad pengenalan, pasport, tempat lahir dan sejarah urusan transaksi anda.

Kami mungkin mengumpul data peribadi sensitif anda jika anda berurusan dengan TH yang menghendaki anda supaya mendedahkan data peribadi sensitif tersebut kepada pihak kami.

Kami hanya akan menggunakan data peribadi sensitif anda untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan oleh anda sahaja. Jika kami memproses data peribadi sensitif anda, kami akan mendapatkan persetujuan anda terlebih dahulu.

Data peribadi yang kami kumpul boleh dikategorikan sebagai sama ada wajib diberikan atau diberikan secara sukarela. Data peribadi yang wajib diberikan ialah data peribadi yang kami perlukan supaya kami dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda tidak memberikan data peribadi tersebut, kami tidak akan dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Keperluan data peribadi yang diberikan secara sukarela ialah data peribadi yang tidak wajib diberikan bagi membolehkan kami menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda tidak memberikan data peribadi tersebut, anda masih boleh melanggan produk dan perkhidmatan kami. Data peribadi yang wajib diberikan atau diberikan secara sukarela adalah berbeza-beza mengikut setiap produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan.

Bagaimanakah kami mengumpul data peribadi anda?

Kami memperoleh data peribadi anda dengan pelbagai cara, seperti:

  • Apabila anda melanggan atau menggunakan salah satu daripada perkhidmatan yang kami sediakan.
  • Apabila anda menghubungi TH menerusi pelbagai kaedah seperti borang permohonan, e-mel dan surat, panggilan telefon serta perbualan anda dengan pusat panggilan kami. Jika anda menghubungi kami atau kami menghubungi anda melalui telefon, kami mungkin memantau atau merekodkan panggilan telefon tersebut untuk tujuan jaminan kualiti, latihan dan keselamatan.
  • Daripada analisa yang kami lakukan terhadap transaksi anda.
  • Kami juga mungkin memperoleh data peribadi anda apabila anda menyertai kaji selidik pelanggan atau apabila anda mendaftar diri untuk mana-mana peraduan atau promosi kami.
  • Apabila kami memperolehi apa-apa data dan maklumat daripada pihak yang diberi kuasa (contohnya, agensi kawal selia, dan penguatkuasaan yang dibenarkan).
  • Apabila kami memperolehi apa-apa data dan maklumat dari pihak ketiga.
  • Apabila anda memeterai sebarang transaksi komersial dengan TH, termasuk tetapi tidak terhad, bagi menyediakan barangan dan/ atau perkhidmatan atau perkhidmatan profesional anda.
  • Laman sesawang dan media sosial TH yang lain.
  • Daripada sumber-sumber umum.

Apakah tujuan memproses data peribadi anda?

Kami mungkin memproses data peribadi anda untuk sebab-sebab berikut:

  • Menilai permohonan anda untuk mana-mana produk dan perkhidmatan kami.
  • Mengurus dan menyelenggara akaun dan kemudahan anda.
  • Menilai keperluan kewangan anda dan meneruskan pelaksanaan obligasi kontrak yang diikat  antara TH dengan diri anda
  • Menjawab pertanyaan dan aduan anda serta menyelesaikan pertikaian.
  • Fungsi dalaman seperti menilai keberkesanan pemasaran, penyelidikan pasaran, analisa dan  pemodelan statistik, pelaporan, pengurusan audit dan risiko serta mencegah penipuan.

Selain itu, kami juga mungkin menggunakan data peribadi anda untuk memenuhi apa-apa keperluan kawal selia dan untuk apa-apa sebab lain yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan yang anda perlukan. 

Kepada siapakah kami mendedahkan data peribadi anda?

Data peribadi anda yang kami pegang akan dirahsiakan. Walau bagaimanapun, bagi membolehkan kami menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda secara berkesan dan berterusan serta mematuhi apa-apa keperluan undang-undang dan peraturan, kami mungkin perlu mendedahkan data peribadi anda 

  • Entiti lain dalam TH iaitu anak-anak syarikat TH dan syarikat bersekutu TH.
  • Ejen dan penyedia perkhidmatan kami yang diberi kuasa yang dengannya kami telah mengikat  perjanjian kontrak untuk beberapa fungsi, perkhidmatan dan aktiviti kami.
  • Rakan kongsi strategik dan penasihat/ konsultan kami.
  • Agensi penguatkuasaan, kawal selia dan kerajaan, seperti yang dibenarkan atau dikehendaki  oleh undang-undang, dibenarkan oleh mana-mana perintah mahkamah atau untuk memenuhi obligasi kepada pihak berkuasa kawal selia.
  • Pihak yang diberi kebenaran oleh anda. Pendedahan data peribadi anda mungkin melibatkan pemindahan data peribadi anda ke tempat di luar Malaysia, dan dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan pemindahan tersebut yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan yang anda minta dan untuk pelaksanaan apa-apa obligasi kontrak anda dengan TH, termasuk untuk tujuan penyimpanan dan pengurusan haji.

Anda mungkin menerima makluman pemasaran daripada pihak kami atau entiti lain tentang produk dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda. Jika anda berhasrat untuk tidak mahu menerima makluman pemasaran ini, sila maklumkan kepada pihak kami untuk menarik balik persetujuan anda dan kami akan berhenti memproses dan berkongsi data peribadi anda dengan entiti lain untuk tujuan penghantaran makluman pemasaran kepada anda.

Anda mempunyai pilihan untuk menarik balik persetujuan anda untuk menerima bahan/ makluman pemasaran atau promosi. Anda boleh menghubungi kami menggunakan maklumat hubungan yang diberikan di bawah. Sila ambil maklum bahawa sebaik sahaja kami menerima pengesahan tentang permintaan untuk menarik balik persetujuan anda untuk menerima bahan/ makluman pemasaran atau promosi, ia mungkin mengambil masa sehingga empat belas (14) hari bekerja sebelum penarikan balik persetujuan anda dipaparkan dalam sistem kami. Oleh itu, anda mungkin masih menerima bahan/makluman pemasaran atau promosi semasa tempoh tersebut.

Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda memilih untuk tidak lagi menerima bahan pemasaran atau promosi, TH mungkin masih menghubungi anda untuk tujuan lain berhubung dengan akaun, kemudahan atau perkhidmatan yang anda pegang dengan TH. Jika anda telah mengemukakan data peribadi pihak ketiga kepada TH, sila pastikan bahawa anda telah mendapatkan kebenaran daripada pihak ketiga yang berkenaan untuk pemprosesan dan pendedahan data peribadi mereka dan Notis Privasi ini telah dikemukakan terlebih dahulu untuk perhatian pihak ketiga tersebut.

Bagaimanakah kami melindungi data anda?

Keselamatan data peribadi anda merupakan keutamaan kami. TH mengambil semua langkah fizikal, teknikal dan organisasi yang diperlukan untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan data peribadi. Jika kami mendedahkan apa-apa data peribadi anda kepada pihak-pihak yang dinyatakan di dalam Seksyen 6, mereka mempunyai obligasi untuk melindungi data peribadi yang diberikan kepada mereka sewajarnya.

Berapa lamakah kami boleh menyimpan data peribadi anda?

Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan atau untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan serta keperluan dalaman.

Perubahan Pada Notis Privasi

Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin mengemas kini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Jika terdapat perubahan ketara pada Notis Privasi ini, kami akan memberitahu anda dengan memaparkan notis tentang perubahan tersebut melalui media cetak atau elektronik dalam jangkamasa yang difikirkan sesuai oleh kami. Semak semula Notis Privasi ini dari semasa ke semasa supaya anda sentiasa maklum tentang cara kami melindungi maklumat anda. 

Bagaimanakah anda boleh mengakses/ membetulkan/ mengemas kini data peribadi anda?

Kami komited untuk memastikan data peribadi anda yang kami pegang adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Jika terdapat apa-apa perubahan pada data peribadi anda atau jika anda percaya bahawa data peribadi anda yang kami pegang adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan yang terkini, sila hubungi kami supaya kami boleh mengambil langkah untuk mengemas kini data peribadi anda. 

Anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda dengan menghubungi kami. Kami juga mungkin mengambil langkah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan tersebut. 

Bagaimanakah anda boleh menghubungi kami?

Jika anda perlu menghubungi kami, anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan kami atau menelefon Khidmat Pelanggan kami di talian utama 03-6207 1919.

Kembali ke atas

"Tabung Haji adalah Institusi Pelapor dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001"

Alhamdulillah, portal ini telah dilawati:
27128035 kali
Pelawat unik: 6102498
Telah dikemaskini pada: 09-12-2019

Pelayar yang disyorkan : 
Chrome 30+,  Firefox 30+,  Safari 7+,  Internet Explorer 10+

 Portal ini boleh dilayari menggunakan desktop dan telefon pintar. Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi minimum 1366x768.

Penafian:
Lembaga Tabung Haji tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Polisi TH

Terma & Syarat
Dasar Privasi Portal TH
Dasar Keselamatan
Hak Cipta Terpelihara

Perhubungan & Bantuan

Soalan Lazim
Borang Maklumbalas
Direktori
Peta Laman
Notis Privasi TH

Media Sosial

Official Facebook TH Official Twitter TH https://www.instagram.com/lembagatabunghaji/ Official TH You Tube

Karier di TH

  • CareerKarier & Latihan Industri

Anggota TH

  • kakitanganE-Anggota
Assalamualaikum, selamat datang ke laman portal rasmi Tabung Haji
Wukuf
234
Hari Lagi
30 Julai 2020 9 Zulhijjah 1441H