Akaun Dewasa

Pembukaan akaun TH adalah mudah dan boleh dilakukan di semua cawangan TH seluruh negara, Kaunter-kaunter Bank Islam, Bank Rakyat, Mobile Kaunter dan TH Komuniti. Berikut kriteria bagi pembukaan akaun dewasa TH iaitu :

  • Berumur 18 tahun dan ke atas


Syarat - syarat untuk menjadi pendeposit TH adalah seperti berikut : 

  • Individu yang beragama Islam.
  • Warganegara Malaysia.

Dokumen yang diperlukan semasa pembukaan akaun ialah:

  • Sila bawa myKad untuk membuka akaun TH.
  • Pembukaan akaun kanak-kanak perlu disertakan dengan MyKid dan Sijil Kelahiran untuk tujuan pengesahan.

Kelebihan Menyimpan di TH

  • Berlandaskan syariah Islam.
  • Suci.
  • Hibah kompetitif.
  • Zakat TH dibayar.
  • Dikecualikan cukai.
  • Dijamin oleh kerajaan.
  • Pengeluaran tanpa had kekerapan.