Panel Pelaburan

Menurut Seksyen 11(1) Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535), Ahli Lembaga Pengarah telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan satu jawatankuasa Penasihat Pelaburan yang dikenali sebagai Panel Pelaburan. Panel Pelaburan ini bertanggungjawab menasihati Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan TH ke atas keberkesanan aktiviti dan kawalan dalaman pelaburan TH dalam usaha mempertingkatkan nilai pelaburannya serta memperolehi pulangan yang kompetitif.

Pengenalan Panel Pelaburan

Panel Pelaburan Tabung Haji (TH) ditubuhkan pada tahun 2001 oleh Lembaga Pengarah TH dengan kuasa yang diperuntukkan oleh Seksyen 11 Akta Lembaga Tabung Haji 1995 (Akta 535).

Panel Pelaburan merupakan sebuah badan bebas (independent) menggantikan jawatankuasa sebelumnya yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kajian Pelaburan yang keahliannya terdiri daripada kalangan Ahli Lembaga Pengarah dan orang perseorangan dan dipengerusikan oleh seorang ahli Lembaga Pengarah TH.

Penubuhan awal Panel Pelaburan dan pelantikan Ahli Panel Pelaburan diluluskan melalui Resolusi Pekeliling Jemaah Lembaga Pengarah TH No. 2 (2/2001) bertarikh 18 September 2001.

Keahlian Panel Pelaburan telah dipilih daripada kalangan pakar-pakar pelaburan dan ahli-ahli profesional oleh YB Menteri Kewangan dan kemudiannya dilantik dengan persetujuan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Objektif utama Panel Pelaburan adalah untuk menasihat Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH) dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk menimbang dan memberi persetujuan ke atas apa-apa cadangan pelaburan yang dikira sesuai untuk TH sebelum ia diangkat untuk kelulusan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Panel Pelaburan turut berperanan menasihati pengurusan TH ke atas keberkesanan aktiviti dan kawalan dalaman pelaburan TH dalam usaha mempertingkatkan nilai pelaburan-pelaburannya serta memperolehi pulangan yang kompetitif.

Komposisi Panel Pelaburan

Keahlian Panel sediada terdiri seperti berikut:-

  1. Seorang Pengerusi;
  2. Seorang wakil Bank Negara Malaysia atau di kalangan profesional sektor kewangan ;
  3. Seorang pakar syarak yang diiktiraf;
  4. Tidak lebih dari 5 orang ahli lain yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang-bidang yang berkaitan.

Keahlian