Perkhidmatan Kebajikan & Kesihatan Di Tanah Suci

Perkhidmatan Kebajikan

Sambutan di KAAIA Jeddah
  • Membantu jemaah haji dalam urusan imigresen dan kastam
  • Pemberian makanan
  • Pengurusan bas ke Madinah/Makkah
Madinah
  • Sambutan di Al-Hijrah / lapangan terbang / zon
  • Pengurusan jemaah haji di Zon
  • Kemasukan dan penempatan di rumah penginapan
  • Penyelarasan urusan ziarah
  • Bimbingan haji/ziarah
  • Pengeluaran wang di ibu pejabat dan zon
  • Kaunseling
  • Pendaftaran kematian
  • Pengurusan aduan/pertanyaan/jemaah haji sesat/barang hilang
  • Pakar rujuk ibadat haji
  • Urusan makan/minum
  • Urusan keberangkatan ke Makkah
  • Urusan keberangkatan pulang ke Malaysia
Makkah
  • Sambutan jemaah haji di maktab
  • Kemasukan dan penempatan di rumah penginapan
  • Bimbingan haji
  • Membantu di dalam urusan bayaran dam/korban
  • Menguruskan keberangkatan jemaah haji ke Arafah dan Mina
  • Pengeluaran wang di ibu pejabat dan maktab
  • Kaunseling
  • Pendaftaran kematian
  • Pengurusan aduan/pertanyaan/jemaah haji sesat/hilang
  • Pakar rujuk ibadat haji
  • Pengesahan/pertukaran penerbangan
  • Pengurusan ziarah/lawatan kepada pesakit dengan mengadakan kemudahan perkhidmatan bus shuttle ke hospital untuk anggota keluarga pesakit
Arafah/Mina
  • Menguruskan kemasukan jemaah haji ke khemah-khemah
  • Rondaan ke khemah
  • Aduan/pertanyaan/jemaah sesat
  • Bimbingan dan pakar rujuk
  • Pendaftaran kematian
  • Memantau urusan makan/minum yang diuruskan oleh pihak Muassasah

Perkhidmatan Kesihatan

Perkhidmatan Klinik Maktab/Zon

Perkhidmatan klinik maktab di Makkah dan klinik zon di Madinah disediakan di bangunan-bangunan penginapan jemaah haji di Makkah dan Madinah bagi memudahkan jemaah haji mendapatkan rawatan. Antara lain fungsian perkhidmatan klinik ini meliputi :

  • Menyambut ketibaan jemaah haji
  • Rawatan pesakit luar
  • Rawatan kecemasan
  • Rujukan pesakit ke hospital Tabung Haji
  • Menyelaras program pendidikan kesihatan
  • Rawatan ke bilik bagi kes-kes tertentu
  • Pengesahan kematian
  • Rujukan pesakit ke Hospital Arab Saudi
Bagaimana Hendak Mendapatkan Rawatan Sekiranya Anda Sakit Di Tanah Suci :
  1. Memberitahu Pengurus Maktab/Petugas Muassasah/rakan sebilik (saudara mara) supaya menghantar anda ke klinik Maktab / Zon yang berhampiran untuk menerima rawatan awal.
  2. Menunggu ketibaan Pasukan Peronda Perubatan datang (sekiranya boleh tunggu dan anda tidak boleh berjalan).
  3. Jika berlaku kecemasan di luar tempat kediaman segera ke Pejabat TH / Klinik Malaysia yang berhampiran atau hubungi Hotline TH di Tanah Suci : 02-5704433.
Waktu Klinik (Sebarang perubahan jadual akan dimaklumkan kepada Jemaah Haji)
  • 7:00 pagi hingga 2:00 tengahari
  • 4:30 petang hingga 10:00 malam
     

RAWATAN KECEMASAN DIBUKA 24 JAM

Perkhidmatan Pesakit Dalam

Pusat Kesihatan Jenis Rawatan
Pusat Rawatan Syisya Makkah
  • Khidmat Doktor Pakar
  • Khidmat Kejururawatan
  • Rujukan Pesakit Luar
  • Rawatan Kecemasan
  • Rawatan Pesakit Dalam Dan Pemulihan
  • Rujukan Ke Hospital Arab Saudi
  • Stor Farmasi Dan Bekalan
  • Bilik Gerakan Perubatan
  • Kaunter Farmasi Pesakit Luar/Dalam
  • Makmal Perubatan
  • Fisioterapi
  • X-Ray
  • Penerbangan pulang jemaah haji sakit
Klinik Ibu Pejabat TH Makkah
  • Khidmat Doktor Pakar
  • Rawatan Kecemasan
  • Pusat Pemulihan
  • Rujukan Ke Hospital Arab Saudi
  • Farmasi
  • Makmal Perubatan
  • Fisioterapi
Pusat Rawatan Aziziah Makkah
  • Khidmat Doktor Pakar
  • Khidmat Kejururawatan
  • Rujukan Pesakit Luar
  • Rawatan Kecemasan
  • Rawatan Pesakit Dalam Dan Pemulihan
  • Rujukan Ke Hospital Arab Saudi
  • Farmasi
  • Makmal Perubatan
  • Fisioterapi
  • X-ray
  • Penerbangan Pulang Jemaah Haji Sakit
Pusat Rawatan Madinah
  • Khidmat Doktor Pakar
  • Khidmat Kejururawatan
  • Rawatan Kecemasan
  • Rawatan Pesakit Dalam Dan Pemulihan
  • Rujukan Ke Hospital Arab Saudi
  • Bilik gerakan Perubatan
  • Farmasi
  • Makmal Perubatan
  • Fisioterapi
  • X-ray
  • Penerbangan Pulang Jemaah Haji Sakit
  • Pasukan Perubatan Terminal (Stand- by Airport Team)
Klinik Madinatul Hujjaj Jeddah
  • Rawatan Kecemasan
  • Rawatan Pesakit Dalam Dan Pemulihan (transit)
  • Rujukan Ke Hospital Arab Saudi
  • Rawatan Pesakit Luar
  • Penerbangan Pulang Jemaah Haji Sakit
  • Pasukan Perubatan Terminal (Stand- by Airport Team)

Rujukan pesakit ke Hospital Arab Saudi di Tanah Suci

  1. Rombongan Perubatan di Tanah Suci saling bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Kesihatan Arab Saudi dalam urusan berkaitan kesihatan jemaah haji terutama bagi kes-kes penyakit berjangkit dan rawatan lanjut Jemaah haji sakit yang di Hospital Arab Saudi.
  2. Jika terdapat jemaah haji tenat yang memerlukan bantuan alat khas, pesakit akan dirujuk ke Hospital Arab Saudi di Makkah, Madinah atau Jeddah (jika keadaan memerlukan).
  3. Pesakit yang berada di Hospital Arab Saudi akan dilawat oleh Pegawai Perhubungan Hospital dan Doktor daripada Rombongan Perubatan Malaysia untuk mengetahui perkembangan pesakit. Mereka yang telah pulih akan dibawa pulang ke Maktab/Zon masing-masing atau diuruskan kepulangan ke Tanah Air.

Panduan Kesihatan Di Tanah Suci

Perubahan cuaca, gaya hidup seharian, kepadatan penduduk di Kota Makkah dan aktiviti-aktiviti ibadah haji yang dilakukan boleh menyebabkan tekanan kepada Jemaah haji. Adalah perlu semua bakal haji mempersiapkan diri bagi menghadapi situasi ini serta mengamalkan panduan berikut sewaktu di Tanah Suci :

  • Sentiasa bersabar
  • Pakai pakaian yang bersesuaian ; putih lebih sesuai jika cuaca panas
  • Elak kesejukan melampau dengan berpakaian tebal, berstokin dan menutup khususnya ketika di Madinah.
  • Tutuplah mulut dan hidung dengan ‘mask’, serban atau tudung kepala yang nipis apabila berada di kawasan berdebu.
  • Teruskan amalan meminum air kosong setiap kali pulang dari masjid atau berjalan. Perlu minum 2-3 liter sehari khususnya apabila hawa panas.
  • Makan makanan yang berzat termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Cuci tangan sebelum makan dan selepas menggunakan tandas.
  • Kerjakan ibadat sunat setakat mana keadaan kesihatan mengizinkan.
  • Dapatkan rawatan awal bagi mengelak penyakit menjadi teruk.
  • Elakkan berada ditempat awam sewaktu sesak.

Larangan Merokok Di Tanah Suci

Mulai musim haji 1422H pihak Tabung Haji telah mengadakan penguatkuasaan Larangan Merokok di Bangunan Kediaman Jemaah Haji di Tanah Suci.