Balai Berita

2013

April 2013

24 April 2013 Berita | Korporat
KUNJUNGAN MUHIBBAH IMAM MASJID NABAWI KE TABUNG HAJI

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menerima kunjungan muhibbah daripada Fadilatul Al-Syaikh Solah bin Muhammad Al-Badir, Imam Masjid Nabawi, Madinah Al Munawarah.

19 April 2013 Berita | Korporat
TABUNG HAJI SERAH ZAKAT PERNIAGAAN 2012 KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor berjumlah RM3,700,181.43 di Istana Pasir Pelangi, Johor.

2012

Disember 2012

22 Disember 2012 Berita | Korporat
MAJLIS MERAIKAN KUNJUNGAN TAN SRI SHEIKH ZUHAIR ABDUL HAMID SADAYU, KETUA MUASSASAH ASIA TENGGARA

Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor, Pengerusi Tabung Haji dan Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji menerima kunjungan hormat Ketua Muassasah Asia Tenggara Arab Saudi, Tan Sri Sheikh Zuhair Abdul Hamid Sadayu di Ibu Pejabat Tabung Haji di sini. Lawatan itu memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk mengukuhkan lagi hubungan baik sedia ada terjalin. Turut hadir di majlis itu ialah Dato' Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi, Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan Haji dan barisan pengurusan kanan Tabung Haji.

20 Disember 2012 Berita | Korporat
LAWATAN AHLI DEWAN PARLIMEN INDONESIA

Lembaga Tabung Haji menerima kunjungan kerja Ahli Dewan Parlimen Indonesia yang diketuai oleh Bapak Radityo Gambiro, wakil Ketua Komisi 8 Bidang Agama, Haji dan Sosial Indonesia. Delegasi seramai 17 orang ini terdiri daripada ahli-ahli Parti Demokrat, Parti Kebangkitan Bangsa, Parti Golkar, Parti Keadilan Sejahtera, Parti Persatuan Pembangunan dan Parti Demokrasi Indonesia. Para delegasi diberikan penerangan mengenai pengurusan haji oleh Haji Mohd Rizzal Khalid, Pengurus Kanan Sistem dan Proses Haji, Jabatan Haji. Ahli Dewan Parlimen Indonesia yang hadir turut berkongsi maklumat mengenai pengurusan haji yang dilaksanakan di Indonesia.

17 Disember 2012 Berita | Korporat
KARNIVAL BN JOB FAIR 2012

Siri jelajah Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair 2012 yang berakhir di Pusat Dagangan Dunia Putra telah mendapat sambutan menggalakkan menerusi kunjungan hampir 100,000 orang dari seluruh negara sepanjang program berkenaan berlangsung. Lembaga Tabung Haji tidak ketinggalan menyertai Karnival BN Youth Job Fair 2012 yang diadakan bermula pada 16 November sehingga 18 November 2012. Majlis perasmian karnival tersebut disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, YB. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dan turut dihadiri oleh Haji Zainal Abidin Omar, Pengurus Besar Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti Tabung Haji.

13 Disember 2012 Berita | Korporat
MAJLIS KESYUKURAN TAMAT OPERASI HAJI 1433H

Lembaga Tabung Haji mengadakan Majlis Kesyukuran Sempena Tamatnya Operasi Haji Musim 1433 Hijrah sebagai tanda kesyukuran atas hasil kejayaan Tabung Haji dan rakan-rakan strategiknya dalam menguruskan operasi haji pada tahun ini. Majlis ini juga adalah untuk merakamkan tanda penghargaan Tabung Haji kepada pihak-pihak yang telah bersama-sama menjayakan operasi haji di Tanah Air dan Tanah Suci.

12 Disember 2012 Berita | Korporat
ANGGOTA TH SUMBANG RM20,500 UNTUK TABUNG TANGISAN GAZA

Lembaga Tabung Haji telah menyerahkan kutipan sumbangan kepada Tabung Tangisan Gaza, berjumlah RM20,500.00 kepada wakil Jabatan Perdana Menteri (JPM), di ibu pejabatnya di Jalan Tun Razak. Kutipan sumbangan ini telah dijalankan sebagai tanda simpati, sokongan dan keprihatinan Anggota Tabung Haji di Ibu Pejabat, Pejabat Negeri dan Cawangan di seluruh Malaysia serta surau Tabung Haji terhadap inisiatif Kerajaan dalam menyokong perjuangan serta membantu meringankan penderitaan yang dilalui oleh rakyat Palestin, terutama sekali mereka yang mendiami kawasan Tebing Gaza. Kutipan untuk tabung ini diharap dapat membantu pembelian barangan keperluan seperti ubat-ubatan, makanan dan pakaian.

6 Disember 2012 Berita | Korporat
LAWATAN PESERTA DIPLOMA PENGURUSAN AWAM DARI INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA KAMPUS WILAYAH SELATAN

Seramai 41 orang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 yang sedang mengikuti kursus Diploma Pengurusan Awam di Institut Tadbiran Awam Negara kampus Wilayah Selatan, Kluang, Johor telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Tabung Haji. Rombongan berkenaan telah diberikan taklimat mengenai pengurusan sumber manusia dan organisasi Tabung Haji oleh Dato' Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi; Haji Zainal Abidin Omar, Pengurus Besar Pembangunan Sumber Manusia dan Kualiti serta Hajah Zurita Ahmad Raffie, Pengurus Perjawatan dan Pembangunan Organisasi. Rombongan pelawat kemudiannya dibawa melawat kaunter dengan lebih dekat lagi. Di kesempatan itu, peserta-peserta turut mengambil peluang menjadi ahli baru Tabung Haji dengan membuka akaun setelah sesi penerangan ringkas diadakan.

4 Disember 2012 Berita | Korporat
SAMBUTAN BULAN ZAKAT KEBANGSAAN DAN IJTIMA'AMIL KEBANGSAAN 2012

YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini telah merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2012 yang dianjurkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) di Hotel Marriot, Putrajaya. Majlis ini turut menyaksikan Tabung Haji menerima anugerah Zakat Kebangsaan Kategori Syarikat GLC yang diwakili oleh YBhg. Dato' Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi untuk menerima anugerah.

November 2012

29 November 2012 Berita | Korporat
MAJLIS SAMBUTAN KEPULANGAN JEMAAH TERAKHIR BAGI MUSIM HAJI 1433H

Kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia dari Tanah Suci bagi musim haji 1433H seramai 351 orang termasuk 30 orang petugas Tabung Haji telah selamat tiba pada pukul 2.00 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menerusi pesawat MAS MH 8291. Mereka yang bertolak dari Madinah telah disambut oleh Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari bin Mohamed Nor dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Dato' Paduka Ismee Ismail. Turut hadir YBhg. Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan Tabung Haji serta pengurusan kanan Tabung Haji.