Skip to main content
  • English
  • Bahasa Malaysia
Home
  • Korporat

    Informasi Korporat

    • Tentang Kami
    • Data & Statistik
    • Logo TH
    • Notis Privasi
    • Laporan Tahunan

    Struktur Organisasi

    • Carta Organisasi
    • Lembaga
    • Barisan Pengurusan TH

    Integriti

    • Dasar-Dasar Integriti
    • e-Whistleblowing

    Tanggungjawab Sosial Korporat

    • Tentang CSR
    • Program Zakat
    • Sumbangan
    • Yayasan TH

    Direktori

    • Ibu Pejabat TH
    • Pejabat Cawangan TH
    • Subsidiari TH
  • Simpanan

    Maklumat Am

    • Simpanan
    • Pembukaan Akaun
    • Penutupan Akaun
    • Kad Debit-i TH
    • Penamaan Waris
    • Agihan Keuntungan TH

    Perkhidmatan

    • THiJARI
    • Rakan Strategik TH
    • Pusat Perkhidmatan Kewangan (IFiC)
    • Pusat Perkhidmatan TH
    • TH Komuniti
    • Hibah Amanah TH

    Soalan Lazim

    • Simpanan
    • THiJARI
    • Kempen #simpandaftar&menang
    • Kempen #simpandaftar&menang Kelab TaHa
    • Kemaskini Nombor Telefon Bimbit
    • JomPAY
  • Haji

    Maklumat Am

    • Pendaftaran Haji
    • Kos Haji dan Bayaran
    • Kuota Haji
    • Bimbingan
    • Operasi Haji
    • Data & Statistik

    Perkhidmatan

    • Pengurusan Haji
    • Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)
    • PEKTA & PIHTAS
    • Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH)
    • Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH)

    Soalan Lazim

    • Penangguhan Ibadat Haji 1441H/2020M
    • Rayuan Haji
    • Kursus Asas Haji 1442H/2021M
  • Pelaburan

    Maklumat Am

    • Pelaburan

    Pelaburan TH

    • Ekuiti
    • Pendapatan Tetap
    • Hartanah
    • Lain-lain

    Pelaburan Strategik

    • Kewangan Islam
    • Perladangan
    • Pembangunan dan Pembinaan Hartanah
    • Hospitaliti
    • Perkhidmatan Lain

    Soalan Lazim

    • Pelaburan
  • Media

    Berita

    • Balai Berita

    Galeri

    • Galeri Foto
    • Galeri Video

    Khutbah Arafah

    • Video Khutbah Arafah

    Arkib

    • Balai Berita
    • Galeri Media
    • Laporan Tahunan TH
    • Kad Laporan TH

    Soalan Lazim

    • Isu-Isu Semasa
    • Korporat
    • Simpanan
    • Haji
    • Pelaburan
Menu
  • English
  • Bahasa Malaysia
  • Korporat
    • Informasi Korporat
      • Tentang Kami
      • Data & Statistik
      • Logo TH
      • Notis Privasi
      • Laporan Tahunan
    • Struktur Organisasi
      • Carta Organisasi
      • Lembaga
      • Barisan Pengurusan TH
    • Integriti
      • Dasar-Dasar Integriti
      • e-Whistleblowing
    • Tanggungjawab Sosial Korporat
      • Tentang CSR
      • Program Zakat
      • Sumbangan
      • Yayasan TH
    • Direktori
      • Ibu Pejabat TH
      • Pejabat Cawangan TH
      • Subsidiari TH
  • Simpanan
    • Maklumat Am
      • Simpanan
      • Pembukaan Akaun
      • Penutupan Akaun
      • Kad Debit-i TH
      • Penamaan Waris
      • Agihan Keuntungan TH
    • Perkhidmatan
      • THiJARI
      • Rakan Strategik TH
      • Pusat Perkhidmatan Kewangan (IFiC)
      • Pusat Perkhidmatan TH
      • TH Komuniti
      • Hibah Amanah TH
    • Soalan Lazim
      • Simpanan
      • THiJARI
      • Kempen #simpandaftar&menang
      • Kempen #simpandaftar&menang Kelab TaHa
      • Kemaskini Nombor Telefon Bimbit
      • JomPAY
  • Haji
    • Maklumat Am
      • Pendaftaran Haji
      • Kos Haji dan Bayaran
      • Kuota Haji
      • Bimbingan
      • Operasi Haji
      • Data & Statistik
    • Perkhidmatan
      • Pengurusan Haji
      • Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM)
      • PEKTA & PIHTAS
      • Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH)
      • Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH)
    • Soalan Lazim
      • Penangguhan Ibadat Haji 1441H/2020M
      • Rayuan Haji
      • Kursus Asas Haji 1442H/2021M
  • Pelaburan
    • Maklumat Am
      • Pelaburan
    • Pelaburan TH
      • Ekuiti
      • Pendapatan Tetap
      • Hartanah
      • Lain-lain
    • Pelaburan Strategik
      • Kewangan Islam
      • Perladangan
      • Pembangunan dan Pembinaan Hartanah
      • Hospitaliti
      • Perkhidmatan Lain
    • Soalan Lazim
      • Pelaburan
  • Media
    • Berita
      • Balai Berita
    • Galeri
      • Galeri Foto
      • Galeri Video
    • Khutbah Arafah
      • Video Khutbah Arafah
    • Arkib
      • Balai Berita
      • Galeri Media
      • Laporan Tahunan TH
      • Kad Laporan TH
    • Soalan Lazim
      • Isu-Isu Semasa
      • Korporat
      • Simpanan
      • Haji
      • Pelaburan
Jata Negara Malaysia
 

You are here

  • Utama
  • Korporat
  • Tentang kami

Tentang Kami

Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan sebuah institusi Islam yang sentiasa berusaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan secara komprehensif dan sistematik demi kebajikan Jemaah Haji Malaysia. Selain dari pengurusan simpanan yang halal dan pengurusan haji yang efisien, TH turut menjalankan aktiviti pelaburan bagi memberi nilai tambah kepada para pendeposit kami.

  • Profil Korporat
  • Akta Tabung Haji
  • Visi, Misi & Nilai Teras
  • Piagam Pelanggan
  • Latar Belakang
  • Profil Korporat
  • Akta Tabung Haji
  • Visi, Misi & Nilai Teras
  • Piagam Pelanggan
  • Latar Belakang

Profil Korporat

Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sebuah badan berkanun yang tertakluk di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535). Aktiviti utama TH ialah pengurusan haji, tabungan dan pelaburan. TH bertekad untuk menyediakan perkhidmatan haji yang cemerlang kepada Jemaah Haji Malaysia dan rekodnya yang konsisten telah mendapat pengiktirafan dunia sebagai model pengurusan haji yang inovatif.

TH mempunyai sekitar sembilan juta pendeposit dengan 125 cawangan dan 10,000 titik sentuh di seluruh negara. TH juga mempunyai satu pejabat yang beroperasi di Jeddah, Arab Saudi di bawah bidang kuasa Konsulat Malaysia.

Akta Tabung Haji

Akta Tabung Haji

Muat turun akta (PDF)

Visi, Misi & Nilai Teras

Visi

Tonggak Kejayaan Ekonomi Ummah; Pengurusan Haji Terbilang

Misi

Dalam mencapai visi TH, Kami beriltizam untuk :-

  • Memperkasa Ekonomi Ummah
  • Sentiasa Giat Mencari Pelaburan Strategik Global dan Lokal bagi Pertumbuhan Berterusan
  • Menggembleng dan Memperkaya Modal Pendeposit
  • Memberi Perkhidmatan Cemerlang yang Berterusan
  • Memudah dan Menyempurnakan Urusan Jemaah ke Arah Haji Mabrur
  • Memberi Pulangan yang Kompetitif, Halal dan Toyyiban

Nilai Teras

  • Komited
  • Profesional
  • Kerja Berpasukan
  • Menerima Perubahan
  • Prihatin dan Penyayang

Piagam Pelanggan

Dengan izin Allah SWT, Kami berjanji untuk :

  1. Membantu anda mendapatkan haji yang mabrur dengan perbelanjaan yang berpatutan;
  2. Menyelaras penerbangan haji yang menepati masa, selamat dan boleh diharap;
  3. Menyediakan penginapan yang bersih dan selesa di Tanah Suci;
  4. Menyelenggara akaun anda secara profesional dan mengawalnya secara sulit dan persendirian;
  5. Melabur dalam bidang pelaburan yang halal, berhemat dan selamat supaya dapat memberi pulangan yang setanding dengan pasaran, di samping memastikan pertumbuhan yang berterusan;
  6. Memberi layanan yang mesra, cepat dan cekap;
  7. Memberi maklumat yang tepat, jelas dan terkini.

Latar Belakang

Penubuhan Lembaga Tabung Haji

Kapal Haji belayar di Laut Merah menghampiri Pelabuhan Jeddah
Kapal Haji Belayar di Laut Merah menghampiri Pelabuhan Jeddah

 

Sebelum penubuhan Lembaga Tabung Haji, tiada institusi kewangan Islam yang dapat memberi perkhidmatan kepada umat Islam di Malaysia untuk menyimpan wang bagi menanggung kos perbelanjaan menunaikan haji. Walaupun ketika itu sudah wujud beberapa buah bank, umat Islam di negara ini enggan menabung dengan perbankan konvensional untuk tujuan mengerjakan ibadat haji kerana mereka mahu memastikan tabungan mereka bebas dari sebarang unsur dan amalan riba agar haji yang diperoleh merupakan Haji Mabrur.

Idea bagi penubuhan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBH) tercetus hasil cadangan tokoh ekonomi Melayu terkenal iaitu Profesor DiRaja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid pada Disember 1959 kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Langkah pertama ke arah itu diambil dengan penubuhan PWSBH di bawah Undang-undang No. 34, 1962, pada tahun 1963. Perbadanan itu adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Mulai 30 September 1963, PWSBH melakar sejarah dengan membuka kaunter menerima tabungan daripada bakal haji. Umat Islam Malaysia mula dididik untuk membuat tabungan sejak usia untuk membuat tabungan dengan organisasi patuh syariah sebagai persiapan menunaikan haji.

 

Latar Belakang TH
Kaum Keluarga dan sahabat handai menghantar para jemaah menaiki kapal untuk berlepas ke Tanah Suci

 

Ketika mula beroperasi pada 1963, seramai 1,281 bakal haji telah membuka akaun mereka dengan jumlah tabungan sebanyak RM46,610. Tujuan utama mereka adalah semata-mata untuk memastikan simpanan mereka terjamin selamat dan bebas daripada riba untuk membolehkan mereka melengkapkan Rukun Islam dan memperoleh Haji Mabrur. Pada masa itu, tiada sama sekali niat untuk meraih bonus atau dividen.

Keyakinan yang dipamerkan para bakal haji ini menjadi pendorong kepada PWSBH untuk terus menambah baik perkhidmatan demi memenuhi salah satu fardu kifayah. Sejak itu, PWSBH terus berusaha untuk menarik lebih ramai umat Islam menggunakan kemudahan menabung yang disediakan oleh kerajaan bagi memastikan simpanan mereka selamat dan halal.

Pada tahun 1969, bagi memantapkan lagi peranannya dan memudahkan penyelarasan aktiviti penabungan serta pengurusan haji yang semakin berkembang, PWSBH telah digabungkan dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang telah ditubuhkan dalam tahun 1951 dan beroperasi di Pulau Pinang. Badan yang digabungkan ini dinamakan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH), yang kemudiannya ditukar kepada Lembaga Tabung Haji pada 1995 atau dikenali dengan singkatannya Tabung Haji atau TH sehingga kini.

Dengan penubuhan TH, urusan ibadat haji umat Islam negara ini menjadi lebih mudah dan teratur. Malah, bagi mereka yang pertama kali ke Tanah Suci pun tidak perlu bimbang kerana TH mengurus semua keperluan mereka termasuk urusan berkaitan pasport, visa haji, pengangkutan, penginapan di Makkah, Madinah, Mina dan Arafah serta penjagaan kesihatan dan bimbingan ibadat haji.

Kembali ke atas

"Tabung Haji adalah Institusi Pelapor dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001"

Alhamdulillah, portal ini telah dilawati:
33786433 kali
Pelawat unik: 7908761
Telah dikemaskini pada: 25-02-2021

Pelayar yang disyorkan : 
Chrome 30+,  Firefox 30+,  Safari 7+,  Internet Explorer 10+

 Portal ini boleh dilayari menggunakan desktop dan telefon pintar. Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi minimum 1366x768.

Penafian:
Lembaga Tabung Haji tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar pada tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Polisi TH

Terma & Syarat
Dasar Privasi Portal TH
Dasar Keselamatan
Hak Cipta Terpelihara

Perhubungan & Bantuan

Soalan Lazim
Borang Maklumbalas
Direktori
Peta Laman
Notis Privasi TH

Media Sosial

Official Facebook TH Official Twitter TH https://www.instagram.com/lembagatabunghaji/ Official TH You Tube

Karier di TH

  • CareerKarier & Latihan Industri

Anggota TH

  • kakitanganE-Anggota
Assalamualaikum, selamat datang ke laman portal rasmi Tabung Haji
Wukuf
144
Hari Lagi
19 Julai 2021 9 Zulhijjah 1442H