Balai Berita

2012

Ogos 2012

31 Ogos 2012 Berita | Korporat
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 55 TAHUN

Dua acara utama telah diatur bagi memeriahkan sambutan Ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-55 yang dimulakan dengan perbarisan kontinjen-kontinjen terbabit di Dataran Merdeka dan pada sebelah malamnya pula, berlangsung Himpunan Merdeka 55 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

30 Ogos 2012 Berita | Korporat
LAWATAN PENGURUSAN TERTINGGI TV ALHIJRAH

Pengurusan Tertinggi TV Alhijrah, yang terdiri daripada Pengerusinya, Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor, dan Haji Bukhari Che Muda, Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah telah mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Tabung Haji, baru-baru ini. Delegasi ini telah disambut oleh Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari bin Mohamed Nor, Pengerusi Tabung Haji dan Dato' Paduka Ismee Ismail serta pengurusan Tabung Haji.

27 Ogos 2012 Berita | Korporat
MAJLIS PENYERAHAN SURAT TAWARAN MENUNAIKAN HAJI TAJAAN 1MDB

Seramai 400 peserta terdiri daripada imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh negara berpeluang mengerjakan ibadat haji secara percuma menerusi program khas tajaan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dianjurkan buat tahun kedua, program yang turut mendapat kerjasama Lembaga Tabung Haji itu bertujuan menghargai jasa dan sumbangan golongan berkenaan yang memainkan peranan cukup besar dalam aktiviti dan urusan kemasyarakatan di kawasan masing-masing.

2 Ogos 2012 Berita | Korporat
MESYUARAT DAN LAWATAN KERJA PIHAK PENGURUSAN KANAN TH KE ARAB SAUDI

Satu mesyuarat dan lawatan kerja oleh pihak pengurusan kanan TH ke Rumah Essam Land Premium dan Muasasah Asia Tenggara.

Julai 2012

31 Julai 2012 Berita | Korporat
MAJLIS IHYA RAMADAN


19 Julai 2012 Berita | Korporat
MAJLIS PENGHARGAAN & PENUTUPAN PROJEK SVS

Majlis Penghargaan dan Penutupan Server Virtualization & Consolidation and Security Management telah diadakan bagi mengenang kerjasama di antara Tabung Haji dan agensi-agensi terlibat seperti Mesiniaga, IBM, Feiran, BDO dan CSC. Sijil penghargaan telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Yassin Tahir, Ketua Teknologi Maklumat.

14 Julai 2012 Berita | Korporat
MAJLIS KECEMERLANGAN KELAB TAHA 2011

Seramai 100 orang Kelab TaHa yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM telah diraikan dalam satu majlis anjuran Tabung Haji dan Berita Harian. Pelajar berkenaan menerima wang tunai yang telah dikreditkan dalam akaun tabung haji, sijil penghargaan dan plak daripada YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji.

12 Julai 2012 Berita | Korporat
LAWATAN SAUDI CREDIT AND SAVINGS BANK, KINGDOM OF SAUDI ARABIA BATCH KE-2

Kakitangan Saudi Credit and Savings Bank (SCSB), Kingdom of Saudi Arabia Batch ke-2 seramai 27 orang telah mengadakan lawatan kerja ke Tabung Haji. Taklimat telah diberikan oleh Hajah Zaiton Mohd Yusof, Bahagian Simpanan & Pengeluaran dan turut disertai wakil Jabatan Haji dan Jabatan Pelaburan.

12 Julai 2012 Berita | Korporat
MAJLIS PENGHARGAAN DAN GRADUASI SLIM

Lembaga Tabung Haji telah mengadakan Majlis Penghargaan dan Graduasi SL1M Tabung Haji. YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji telah menyampaikan sijil penghargaan kepada semua peserta SL1M sesi pertama. Majlis ini turut dihadiri YBhg, Dato' Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi dan pengurusan kanan Tabung Haji.

10 Julai 2012 Berita | Korporat
COPE OPPORTUNITIES TO SIGNING CEREMONY BETWEEN CAHYA MATA SARAWAK DAN TH

TH telah memeterai perjanjian dengan CMS Opus Private Equity Sdn Bhd untuk melaksanakan Program Ekuiti Persendirian Bumiputra (Bumiputra Outsourced Private Equity). Program ini bertujuan untuk meningkatkan daya saing syarikat-syarikat Bumiputra Islam untuk lebih berdaya maju dalam perniagaan.