Balai Berita

2012

Julai 2012

6 Julai 2012 Berita | Korporat
MALAM ANUGERAH DAN PENGHARGAAN TH 2012

YBhg. Tan Sri Dato' Abi Musa Asa'ari bin Mohamed Nor merasmikan Majlis Malam Anugerah Dan Penghargaan Anggota Tabung Haji Tahun 2012 di Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa.

6 Julai 2012 Berita | Korporat
LAWATAN PENGURUSAN TH KE BERNAMA

YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji telah mengetuai rombongan Pengurusan Tertinggi Tabung Haji melawat BERNAMA. Rombongan berkenaan telah diberikan penerangan oleh YBhg. Datuk Hasnul Hassan, Pengurus Besar BERNAMA dan kemudiannya dibawa melawat ke bilik berita dan bilik radio.

5 Julai 2012 Berita | Korporat
LAWATAN SAUDI CREDIT AND SAVINGS BANK (SCSB), SAUDI ARABIA

Saudi Credit and Savings Bank (SCSB), Kingdom of Saudi Arabia Batch 1 seramai 27 orang telah mengadakan lawatan ke Tabung Haji. Rombongan ini telah diberikan taklimat mengenai Simpanan & Pengeluaran oleh Hajah Zaiton Mohd Yusoff.

4 Julai 2012 Berita | Korporat
LAWATAN PEJABAT SHEIKHUL ISLAM CAWANGAN SONGKHLA, THAILAND

Pejabat Sheikhul Islam Cawangan Songhkla, Thailand seramai 27 orang telah mengadakan lawatan ke Tabung Haji. Delegasi ini disambut dan diberikan taklimat oleh Tuan Haji Mat Admara Alang Azizdin, Pengurus Besar Agensi Haji.

3 Julai 2012 Berita | Korporat
KURSUS PENGUKUHAN PEMBIMBING IBADAT HAJI TANAH SUCI

YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah merasmikan kursus pengukuhan pembimbing ibadat haji di Tanah Suci. Turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji, YBhg. Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Jun 2012

28 Jun 2012 Berita | Korporat
LAWATAN PELAJAR PARIS DAUPHINE UNIVERSITY

Pelajar Paris Dauphine University seramai 12 orang telah memilih Tabung Haji untuk tujuan lawatan akademik. Rombongan pelajar ini telah disambut dan diberikan penerangan oleh Hajah Che Gayah Saleh dan Hajah Nor Aida Ahmad daripada Jabatan Kewangan.

26 Jun 2012 Berita | Korporat
LAWATAN PESERTA KURSUS INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA (INSTUN)

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) telah menganjurkan kursus Pengurusan Pusat Data (Data Centre) Pengalaman Agensi Kerajaan dan Swasta dengan mengadakan lawatan kerja ke agensi terpilih. Rombongan berkenaan telah memilih Tabung Haji sebagai destinasi lawatan kerja. Taklimat ringkas dan sesi soal jawab telah diberikan oleh Jabatan IT kepada 35 orang peserta kursus berkenaan.

15 Jun 2012 Berita | Korporat
PERASMIAN PERSIDANGAN PENGARAH TH NEGERI DAN DAERAH ZON BORNEO

Perasmian Persidangan Pengarah TH Negeri dan Daerah Zon Borneo telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji. Turut hadir YBhg. Dato' Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah TH dan Pengurus TH Negeri Sabah dan Sarawak.

13 Jun 2012 Berita | Korporat
LAWATAN FACT-FINDING MISSION REPUBLIK KYRGYZ KE TABUNG HAJI

Delegasi seramai 9 orang ini telah diberikan taklimat oleh Tuan Haji Abd Kadir Sahlan, Pengurus Besar Kanan Pelaburan. Tujuan lawatan berkenaan untuk mengetahui mengenai pengurusan Tabung Haji.

Mei 2012