Balai Berita

2012

Mei 2012

10 Mei 2012 Berita | Korporat
MAJLIS PELANCARAN SKIM BIASISWA TH DI DEWAN BESAR TH

Majlis Pelancaran Skim Biasiswa TH di Dewan Besar TH disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

3 Mei 2012 Berita | Korporat
GOVERNMENT LINKED COMPANIES

Sesi Warga Government Linked Companies bersama Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di PICC, Putrajaya.

April 2012

30 April 2012 Berita | Korporat
PELAWAT MITI KE TH

Seramai 21 orang pegawai dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Tabung Haji. Mereka telah diberikan penerangan pengurusan haji oleh Tuan Haji Mohd Rizzal Haji Khalid, Pengurus Kanan Sistem dan Proses Haji.

28 April 2012 Berita | Korporat
KLINIK UPSR ANJURAN KELAB TAHA DI DEWAN UMNO, AMPANG

Seminar Bimbingan Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) anjuran Kelab TaHa Tabung Haji dengan kerjasama Berita Harian telah dihadiri seramai 337 orang murid sekitar Lembah Klang. Program sehari itu telah dirasmikan YB Dato' Dr. Mashitah Ibrahim.

25 April 2012 Berita | Korporat
KUNJUNGAN PARTI NIGERIAN POUR LA DEMOCRATIC ET LE SOCIALISME

Parti Parti Nigerian Pour Le Democratic Et Le Socialisme telah mengadakan lawatan kerja ke Tabung Haji Malaysia. Delegasi seramai 8 orang itu diketuai Mr. Mohamed Bazoum, President of Nigerian Party for Democracy & Socialisme & Minister of State , Minister of Foreign Affairs, operations, African Integration and Nigerians Abroad disambut oleh YBhg. Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

23 April 2012 Berita | Korporat
MUZAKARAH PETUGAS HAJI 1433H DI AVILION NEGERI SEMBILAN

Muzakarah Petugas Haji telah diadakan selama lima hari di Avilion Port Dickson. Muzakarah ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

13 April 2012 Berita | Korporat
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR INTEGRITI KORPORAT TABUNG HAJI

Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat Lembaga Tabung Haji telah diadakan. Majlis ini menyaksikan pemeteraian Ikrar Integriti Korporat di antara Tabung Haji yang diwakili YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji kepada wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, YBhg. Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya. Majlis ini turut dihadiri YBhg. Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari bin Mohamed Nor, Pengerusi TH dan YBhg. Datuk Dr. Mohd Tap Salleh, Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM).

9 April 2012 Berita | Korporat
LAWATAN KERJA PENGURUSAN TH KE MEDIA PRIMA

Pengurusan Kanan Tabung Haji telah mengadakan lawatan ke Media Prima. Rombongan ini diketuai YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji dan turut dihadiri Pengurus Besar Kanan setiap Jabatan. Rombongan berkenaan disambutan oleh YBhg. Datuk Johan bin Jaaffar, Pengerusi Media Prima.

5 April 2012 Berita | Korporat
PROGRAM RAKAN STRATEGIK PENGURUSAN MODAL INSAN (PMI) TH

Program Rakan Strategik Pengurusan Modal Insan (PMI) TH siri 1 telah diadakan di G Tower. Program ini yang dihadiri pengurus kanan ke atas telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji.

Mac 2012

30 Mac 2012 Berita | Korporat
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH NEGERI SEMBILAN TAHUN 2011

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan TH Negeri Sembilan telah dihadiri oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan. Beliau telah menerima cek berjumlah RM1,493,055.94 daripada YBhg. Datuk Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH di Klana Resort, Negeri Sembilan.