Balai Berita

2012

Mac 2012

29 Mac 2012 Berita | Korporat
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH KUALA LUMPUR TAHUN 2011

YBhg. Datuk Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH telah menyampaikan zakat perniagaan TH bagi tahun 2011 Wilayah Persekutuan sebanyak RM3,851,588.72 kepada YBhg. Dato' Haji Mustafa Abdul Rahman, Pengerusi Pusat Pungutan Zakat ÔÇô Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Penyerahan ini disaksikan oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari bin Mohamed Nor, Pengerusi TH.

28 Mac 2012 Berita | Korporat
PERHIMPUNAN ANGGOTA KALI KEDUA BAGI TAHUN 2012

Perhimpunan Anggota Kali Kedua telah diadakan pada 28 Mac 2012 di Dewan Besar, TH. Perhimpunan diadakan bertujuan menyampaikan amanat dan penerangan oleh YBhg. Datuk Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH. Perhimpunan ini turut dihadiri ketua Pegawai anak syarikat dan wakilnya.

26 Mac 2012 Berita | Korporat
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH NEGERI PAHANG TAHUN 2011

YBhg. Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari bin Mohamed Nor, Pengerusi Tabung Haji telah menyerahkan cek zakat perniagaan TH Pahang berjumlah RM2,275,836.17 kepada Duli Teramat Mulia, Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah, Tengku Mahkota Pahang di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang.

23 Mac 2012 Berita | Korporat
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH NEGERI JOHOR TAHUN 2011

Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor telah perkenan menerima cek zakat perniagaan TH Negeri Johor. Cek berjumlah RM3,478,208.36 ini disampaikan oleh YBhg. Datuk Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

21 Mac 2012 Berita | Korporat
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH TERENGGANU TAHUN 2011

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang di-Pertuan Bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta Segala Jajahan Takluknya telah berkenan menerima cek zakat perniagaan TH Terengganu. Baginda menerima cek zakat sebanyak RM3,132,148.54 daripada YBhg. Dato' Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi TH di Istana Maziah, Terengganu.

20 Mac 2012 Berita | Korporat
PROGRAM MKPI MENTERI DI JPM

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan TH telah menganjurkan Program Pembentangan MKPI 2012 oleh Agensi-agensi pada 20 Mac 2012 yang lalu. Program ini telah dihadiri YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan turut dihadiri Ketua-ketua agensi di bawahnya.

16 Mac 2012 Berita | Korporat
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH NEGERI SARAWAK TAHUN 2011

Majlis penyerahan Zakat Perniagaan TH Negeri Sarawak telah diadakan di Pejabat Ketua Menteri, Petra Jaya, Sarawak. YBhg. Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari bin Mohamed Nor, Pengerusi TH telah menyerahkan cek zakat sebanyak RM787,518.85 kepada YAB Pehin Sri Haji Abd Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.

14 Mac 2012 Berita | Korporat
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH NEGERI PERLIS TAHUN 2011

DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Tuanku Raja Perlis telah berkenan menerima cek zakat perniagaan TH Negeri Perlis sebanyak 501,371.88 daripada Tuan Haji Mohd Yasin Tahir, Ketua Pegawai Teknologi Maklumat TH. Majlis penyerahan itu diadakan di Istana Arau, Perlis.

14 Mac 2012 Berita | Korporat
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN TH PULAU PINANG TAHUN 2011

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan TH Pulau Pinang tahun 2011 telah diadakan di Seri Mutiara. TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Di-pertua Negeri Pulau Pinang telah menerima cek zakat perniagaan TH daripada Dato' Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi sebanyak RM1,611,467.34.