Balai Berita

2020

September 2020

2 September 2020 Berita | Korporat
Majlis Penyerahan Zakat TH 2019 Negeri Pahang

KUANTAN, 2 September 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM4,715,801.28 bagi tahun kewangan berakhir 2019 kepada Majlis Ugama Islam Negeri Pahang (MUIP) dalam satu majlis di Istana Abdul Aziz, Bukit Istana, Kuantan, Pahang

Ogos 2020

28 Ogos 2020 Berita | Korporat
Majlis Pelancaran Program Semarak Kita Merdeka & Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat TH Tahun 2020

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2020 - YBhg. Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH hari ini merasmikan Majlis Pelancaran Program Semarak Kita Merdeka & Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat TH Tahun 2020 di Lobi Menara TH Tun Razak.

28 Ogos 2020 Berita | Korporat
Majlis Penyerahan Zakat TH 2019 Negeri Kedah

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM7,082,402.81 bagi tahun kewangan berakhir 2019 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) dalam satu majlis di Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.

27 Ogos 2020 Berita | Korporat
Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Agensi Agama Di Bawah Jabatan Perdana Menteri Tahun 2020

PUTRAJAYA, 27 Ogos 2020 – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini telah mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Agensi Agama Di Bawah Jabatan Perdana Menteri Tahun 2020 Di Dataran Kompleks Islam Putrajaya.

26 Ogos 2020 Berita | Korporat
Majlis Penyerahan Zakat TH 2019 Negeri Perak

IPOH, 26 Ogos 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM5,973,516.04 bagi tahun kewangan berakhir 2019 kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam satu majlis ringkas di Kompleks Islam Darul Ridzuan.

26 Ogos 2020 Berita | Korporat
Majlis Penyerahan Zakat TH 2019 Negeri Pulau Pinang

PULAU PINANG, 26 Ogos 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM3,447,686.44 bagi tahun kewangan berakhir 2019 kepada Zakat Pulau Pinang dalam satu majlis ringkas di Seri Mutiara, kediaman Rasmi Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

25 Ogos 2020 Berita | Korporat
Anugerah Jasamu Dikenang TOPCOM 2020

Selangor, 25 Ogos 2020 - Tahniah kepada YBhg Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengarah Eksekutif Haji TH atas Anugerah Jasamu Dikenang sempena “8th National Table Top Exercise and Communication in Disaster Medicine (TOPCOM 2020)” yang diadakan di Kampus UITM Selayang, hari ini.

13 Ogos 2020 Berita | Korporat
'TH Finance Town Hall 2020'

YBhg Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (PUK/KPE) TH memberi ucaptama di Majlis 'TH Finance Town Hall 2020' pada pagi ini bertempat di Menara TH Tun Razak, Kuala Lumpur.

12 Ogos 2020 Berita | Korporat
Bengkel Pelan Tindakan Kertas Dasar & Governans, Nilai & Etika Dan Akhlak & Budaya TH

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menganjurkan "Bengkel Pelan Tindakan Kertas Dasar & Governans, Nilai & Etika Dan Akhlak & Budaya TH" di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA, Sepang.

Julai 2020

21 Julai 2020 Berita | Korporat
Majlis Zakat Korporat dan Serahan Sijil Zakat Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP)

Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini telah menghadiri Majlis Zakat Korporat dan Penyerahan Sijil Zakat anjuran PPZ MAIWP bertempat di Hotel Everly, Putrajaya yang dihadiri 14 pembayar zakat korporat PPZ MAIWP untuk menerima Sijil Zakat pembayaran zakat korporat TH tahun 2019.