Balai Berita

2023

September 2023

29 September 2023 Berita | Korporat
Sambutan Ulang Tahun Jubli Intan TH ke-60 Bersama YAB Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 29 SEPTEMBER 2023: YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan sambutan Ulang Tahun Jubli Intan Lembaga Tabung Haji (TH) yang ke-60 bagi meraikan enam dekad pencapaian TH sebagai sebuah institusi pengurusan haji yang unik di dunia.

16 September 2023 Berita | Korporat
TH Beri Tiga Van Untuk Program Mobiliti Di Sarawak

KUCHING, 16 SEPTEMBER 2023: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyumbang dua buah van jenazah dan sebuah van penumpang kepada Masjid Darul Halim, Masjid Ar Rahmah dan Pusat Pendidikan Muhammad Al Fateh di Majlis Serahan Van Program Mobiliti TH Tahun 2023 peringkat Negeri Sarawak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Haji Na’im Haji Mokhtar berkata, “Saya berharap pihak pengurusan masjid dan Pusat Pendidikan Muhammad Al Fateh akan menggunakan kenderaan ini dengan baik bagi manfaat ahli kariah, pelajar-pelajar tahfiz serta masyarakat setempat.”

14 September 2023 Berita | Korporat
TH Sumbang Van Jenazah Di Sabah

TENOM, 14 SEPTEMBER 2023: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyumbang kenderaan van jenazah kepada Masjid Ar Rahim Kampung Jawa, Melalap, Tenom, Sabah di Majlis Serahan Van Program Mobiliti TH Tahun 2023 peringkat Negeri Sabah.

13 September 2023 Berita | Korporat
Penyerahan Zakat TH kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

KOTA KINABALU, 13 September 2023 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM1,837,917.79 bagi tahun kewangan berakhir 2022 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di Istana Seri Kinabalu. Majlis serahan zakat TH diadakan sempena kunjungan hormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr Hj Mohd Na’im bin Hj Mokhtar kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Hj Juhar bin Datuk Hj Mahiruddin.

11 September 2023 Berita | Simpanan
TH Perkenal Perlindungan Takaful, TH Khairat

KUALA LUMPUR, 11 SEPTEMBER 2023: Lembaga Tabung Haji (TH) melancarkan ‘TH Khairat’ iaitu perlindungan takaful sebanyak RM12,000 kepada penerima manfaat sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal ke atas pendeposit TH dengan langganan tahunan serendah RM28 sahaja.

Ogos 2023

30 Ogos 2023 Berita | Korporat
TH Terima Anugerah DBKL

PANTAI DALAM, 30 Ogos - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menerima pengiktirafan Anugerah Khas Jabatan Kawalan Bangunan (JKB), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Pencahayaan Bangunan bagi kategori Bangunan Ikonik.

24 Ogos 2023 Berita | Korporat
Majlis Penyempurnaan “Aspirasi 100% Pelajar SK Paris 3 Menjadi Ahli TH”

KINABATANGAN, SABAH, 24 OGOS 2023: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah mengadakan satu Majlis Penyempurnaan “Aspirasi 100% Pelajar SK Paris 3 Menjadi Ahli TH”. Semua murid, guru dan kakitangan Islam Sekolah Paris 3 berjumlah 478 orang telah membuka akaun simpanan TH untuk menunaikan fardu haji yang merupakan objektif utama pendeposit TH.

17 Ogos 2023 Berita | Korporat
Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah dan Pelancaran Pelan Integriti TH 2023-2027

KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2023 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah mengadakan satu Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah dan Pelancaran Pelan Integriti TH 2023-2027 dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diadakan di Dewan Besar TH hari ini. Pengarah Urusan Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif TH, YBhrs Tuan Haji Syed Hamadah telah melafazkan Ikrar Bebas Rasuah bersama-sama barisan pengurusan dan anggota TH dan disaksikan oleh YBhg Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM.

13 Ogos 2023 Berita | Korporat
Serahan Sumbangan Program CSR Zakat TH (Iqra' TH Plus-Tuisyen KAMI YSS)

SERDANG, 13 Ogos - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah melancarkan satu program tanggungjawab korporat sosial (CSR) di mana TH menyumbang dana sebanyak RM500 ribu bagi Program CSR Zakat TH (Iqra' TH Plus-Tuisyen KAMI YSS)  selari dengan inisiatif kerajaan yang berbentuk program tambahan pendidikan dalam ”Membangun Komuniti Madani”.

2 Ogos 2023 Berita | Haji
Penerbangan Akhir Bawa 270 Jemaah Haji Selamat Mendarat di KLIA

SEPANG, 1 OGOS 2023: Operasi Haji Musim 1444H/2023M telah berakhir dengan rasminya apabila kumpulan akhir jemaah haji Malaysia seramai 270 orang telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi pesawat MH 8391 pada jam 1.15 tengahari hari ini.