Balai Berita

2023

Julai 2023

24 Julai 2023 Berita | Korporat
Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Peringkat TH Tahun 2023

KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2023 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, mengadakan satu Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Peringkat TH Tahun 2023 bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara di kalangan anggota TH yang bakal tiba bersempena Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan 2023 dengan tema “Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”.

5 Julai 2023 Berita | Haji
Kepulangan 280 Jemaah Haji Kumpulan Pertama Tiba Di KLIA

SEPANG, 5 JULAI 2023 : Kumpulan pertama yang terdiri daripada 280 jemaah haji Malaysia telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.45 malam hari ini menerusi penerbangan AMAL by Malaysia Airlines (MH 8261) yang telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz (KAIA) Jeddah pada jam 7.15 pagi (waktu Arab Saudi) pada hari yang sama.

Jun 2023

6 Jun 2023 Berita | Haji
KDYMM SPB YDPA & Raja Permaisuri Agong Berkenan Mencemar Duli Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Malaysia Ke Tanah Suci Musim 1444H / 2023M

SEPANG, 6 JUN 2023 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada 355 orang bakal Jemaah Haji Malaysia di Kompleks Haji TH, Sepang (Movenpick) hari ini.

2 Jun 2023 Berita | Haji
Menteri Agama Mengucapkan Selamat Jalan Kepada 357 Bakal Jemaah Haji

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar hari ini hadir mengucapkan selamat jalan kepada bakal-bakal haji di Majlis Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci Musim Haji 1444H/2023M di Kompleks Haji, Movenpick Hotel & Convention Centre, KLIA, Sepang.

Mei 2023

21 Mei 2023 Berita | Haji
284 Jemaah Haji Malaysia Kumpulan Pertama Berlepas ke Tanah Suci Awal Pagi Ahad

SEPANG, 20 MEI 2023 – Penerbangan pertama yang membawa 284 bakal jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini berlepas ke Tanah Suci pada awal pagi Ahad, 21 Mei 2023 bersamaan 1 Zulkaedah 1444H.

14 Mei 2023 Berita | Haji
160 Petugas Haji Berlepas ke Tanah Suci Hari Ini

SEPANG, 14 MEI 2023: Seramai 160 petugas haji Lembaga Tabung Haji (TH) Musim Haji 1444H/2023M berlepas ke tanah suci hari ini bagi membuat persediaan awal untuk menyantuni jemaah haji Negara.

7 Mei 2023 Berita | Haji
Sultan Selangor Titah Jemaah Haji Kekalkan Disiplin Ketika Melaksanakan Ibadat Haji

SHAH ALAM, 7 MEI 2022: DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj bertitah agar semua jemaah haji Malaysia terutama dari negeri Selangor untuk mengekalkan disiplin dan patuh kepada peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi sepanjang berada di Tanah Suci.

April 2023

28 April 2023 Berita | Simpanan
Pengumuman Agihan Keuntungan Tahun 2022 oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

KUALA LUMPUR, 28 April 2023 - Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan Agihan Keuntungan tahun kewangan 2022 pada kadar 3.10 peratus setelah mengambil kira zakat 2.57 peratus. Agihan Keuntungan ini melibatkan jumlah agihan sebanyak RM2.65 bilion dan akan memberi manfaat kepada lebih 8.7 juta pendeposit TH.

Mac 2023

30 Mac 2023 Berita | Korporat
Majlis Penyerahan Infaq Ramadan

KUALA LUMPUR, 31 MAC 2023 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, mengadakan Majlis Penyerahan Infaq Ramadan di Dewan Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur pada 30 Mac 2023 (Rabu). Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mustakim Mohamad, Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan TH. Majlis turut dihadiri oleh Puan Aishah Abdul Samad, Pengurus Besar Operasi Modal Insan dan Al Fadhil Ustaz Mohd Khalil Ibrahim, Pegawai Tadbir Agama Zon 5, JAWI.

Februari 2023

28 Februari 2023 Berita | Haji
Kunjungan Hormat Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Ke Tabung Haji

KUALA LUMPUR, 28 FEBRUARI 2023 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menerima kunjungan kehormat Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah dan delegasi dalam lawatannya ke Menara TH Tun Razak Kuala Lumpur.