Balai Berita

2022

Oktober 2022

19 Oktober 2022 Berita | Haji
Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Dan Penghargaan Sahabat Korporat TH Musim Haji 1443H

KUALA LUMPUR, 19 OKTOBER 2022 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Dan Penghargaan Sahabat Korporat TH Musim Haji 1443H di Dewan Besar, Tabung Haji. 

12 Oktober 2022 Berita | Korporat
Zakat Perniagaan TH berjumlah RM8,116,871.20 Diserahkan Kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)

KUALA TERENGGANU, 12 Oktober 2022: Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan Zakat Perniagaan berjumlah RM8,116,871.20 bagi tahun kewangan berakhir 2021 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

September 2022

26 September 2022 Berita | Korporat
TH Sumbang Sebuah Van Kepada Pondok Fii Dzilalil Qu’ran

KOTA BELUD, 26 September 2022 - Lembaga Tabung (TH) hari ini, menyumbang sebuah van serbaguna kepada Pondok Fii Dzilalil Qu’ran, Kota Belud, Sabah di satu Majlis Serahan Van Program Mobiliti TH di sini.

Ogos 2022

22 Ogos 2022 Berita | Korporat
Zakat Perniagaan TH Sebanyak RM8,040,457.49 Diserahkan Kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)

PULAU PINANG, 22 Ogos 2022 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat Perniagaan bagi tahun kewangan 2020 dan 2021 bernilai RM8,040,457.49 kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) di Sri Mutiara, Jalan Utama, Pulau Pinang. Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak telah menerima bayaran zakat perniagaan tersebut bagi pihak MAINPP yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi TH, Tuan Haji Mohamed Ameen Abdul Wahab.

19 Ogos 2022 Berita | Korporat
TH Menyumbang Hadiah Utama Kepada Peserta Tilawah Al-Quran

TERENGGANU, 19 Ogos 2022 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menyumbangkan hadiah-hadiah utama bagi 4 kategori iaitu Juara Tilawah Al-Quran (Lelaki dan Perempuan) serta Juara Hafazan Al-Quran (Lelaki dan Perempuan) berupa wang tunai bernilai RM8,000.00 setiap satu. 

13 Ogos 2022 Berita | Haji
Semua Jemaah Haji Malaysia Selamat Pulang Ke Tanah Air, Operasi Haji Musim 1443H/2022M Selesai

SEPANG, 13 Ogos 2022 – Operasi Musim Haji 1443H/2022M telah selesai dengan ketibaan penerbangan pulang kumpulan terakhir jemaah haji Malaysia hari ini.

Julai 2022

18 Julai 2022 Berita | Haji
298 Jemaah Haji Malaysia Kumpulan Pertama Selamat Tiba Di Tanah Air

SEPANG, 18 JULAI 2022 – Kumpulan pertama yang terdiri daripada 298 jemaah haji Malaysia telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 9:05 pagi hari ini menerusi penerbangan Saudia Airlines SV 5612 yang berlepas dari Jeddah jam 7:10 malam (waktu Arab Saudi) pada 17 Julai 2022.

4 Julai 2022 Berita | Korporat
Penyerahan Zakat TH bernilai RM7,170,596.71 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Perak (MAIPk)

KUALA LUMPUR, 4 Julai 2022: Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyerahkan zakat TH bernilai RM7,170,596.71 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Perak (MAIPk) di Istana Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur.

Jun 2022

27 Jun 2022 Berita | Korporat
TH Sumbang 40 Van Serbaguna Kepada Masjid, Surau, Pusat Tahfiz & Rumah Kebajikan Terpilih Seluruh Negara

PUTRAJAYA, 27 JUN 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menyumbang sebanyak 40 buah kenderaan (van serbaguna) bernilai RM5.4 juta kepada masjid, surau, Pusat Tahfiz serta rumah kebajikan terpilih menerusi Program Mobiliti TH di Majlis Serahan Perdana Program Mobiliti TH di Dataran Kompleks Islam, Putrajaya. 

20 Jun 2022 Berita | Haji
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Berkenan Mencemar Duli Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Jemaah Haji Malaysia Ke Tanah Suci Musim 1443H/2022M

SEPANG, 20 JUN 2022: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan mencemar duli berangkat hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada 291 orang bakal Jemaah Haji Malaysia di Kompleks Haji Sepang (Movenpick) hari ini.