Balai Berita

2012

Januari 2012

17 Januari 2012 Berita | Korporat
BENGKEL SESI PENILAIAN PRESTASI OPERASI HAJI 1432H

Bengkel Sesi Penilaian Prestasi Operasi Haji 1432H yang bertempat di TaHa D'Kelana pada hari Selasa - Khamis, 17-19 Januari 2012.Majlis pembukaan bengkel sesi penilaian telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail. Tujuan bengkel ini diadakan untuk mengenal pasti masalah dan mencari penambahbaikan untuk musim haji akan datang.

10 Januari 2012 Berita | Korporat
MAJLIS KESYUKURAN TAMAT OPERASI HAJI 1433H

Lembaga Tabung Haji mengadakan Majlis Kesyukuran Sempena Tamatnya Operasi Haji Musim 1433 Hijrah sebagai tanda kesyukuran atas hasil kejayaan Tabung Haji dan rakan-rakan strategiknya dalam menguruskan operasi haji pada tahun ini. Majlis ini juga adalah untuk merakamkan tanda penghargaan Tabung Haji kepada pihak-pihak yang telah bersama-sama menjayakan operasi haji di Tanah Air dan Tanah Suci.

6 Januari 2012 Berita | Korporat
MAJLIS SERAHAN KOMPUTER TH KEPADA SM BAGAN TERAP SELANGOR

Majlis Serahan Komputer TH Kepada SM Bagan Terap, Sungai Besar, Selangor bertempat di Lantai 12, Bilik PBK IT pada hari Jumaat, 6 Januari 2012.