Balai Berita

2022

Februari 2022

Januari 2022

28 Januari 2022 Berita | Korporat
Program A'fiat TH - Majlis Serahan Sumbangan Katil Elektronik ICU Kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

TH Sabah telah mengadakan Majlis Serahan Sumbangan Katil Elektronik ICU kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Tuan Haji Idris Bin Ahmad di Dewan Auditorium Hospital Queen Elizabeth 2 pada hari ini, Jumaat 28 Januari 2022.

2021

Disember 2021

28 Disember 2021 Berita | Korporat
Tabung Haji Menerima Pengiktirafan Muzakki (Iktiraf) Dari Lembaga Zakat Selangor

SHAH ALAM, 28 Disember 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menerima Pengiktirafan Muzakki (IKTIRAF) yang diperkenalkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai tanda penghargaan kepada para muzakki (pengeluar zakat) di Selangor yang selama ini bersama-sama LZS menyantuni golongan asnaf melalui komitmen menunaikan zakat perniagaan dalam satu majlis yang diadakan di sini. 

23 Disember 2021 Berita | Korporat
RM10 Ribu Sumbangan Bakul Makanan TH Untuk Asnaf Sipitang

SIPITANG, 23 Disember 2021 – Seramai 100 keluarga di daerah ini menerima Sumbangan Bakul Makanan TH berjumlah RM10,000 yang disampaikan oleh YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

7 Disember 2021 Berita | Korporat
Pusat Zakat Melaka Menerima Zakat TH Berjumlah RM3,321,501.26

MELAKA, 7 Disember 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM3,321,501.26 bagi tahun kewangan berakhir 2020 kepada Pusat Zakat Melaka dalam satu majlis bertempat di Pejabat T.Y.T Yang Dipertua Negeri Melaka.

6 Disember 2021 Berita | Haji
TH Lancar e-Taib Mudahkan Jemaah Haji

KUALA LUMPUR, 6 Disember 2021 - YB Senator Tuan Haji Idris bin Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-38 bagi Musim Haji 1443H yang bermula hari ini 6 hingga 8 Disember 2021.

4 Disember 2021 Berita | Korporat
Tabung Haji Mula Anjur Kursus Asas Haji Dalam Talian Seluruh Negara

KUCHING, 4 Disember 2021 – Seramai 685 orang bakal Jemaah Haji Negeri Sarawak bagi Musim Haji 1443H/2022M kini menjalani Kursus Asas Haji (KAH) secara dalam talian bermula pada 19 November 2021 hingga 20 Februari 2022 serentak seluruh Malaysia.

November 2021

22 November 2021 Berita | Korporat
TH Serah Zakat kepada Tabung Baitulmal Sarawak

SABAH, 19 November 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM1,988,927.04 bagi tahun kewangan berakhir 2020 kepada Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dalam satu majlis bertempat di Pejabat Ketua Menteri, Wisma Bapa Malaysia Petrajaya.

12 November 2021 Berita | Korporat
TH Serah Zakat RM2.1 Juta Bagi Kemaslahatan Asnaf Sabah

KOTA KINABALU, 11 November 2021 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM2,104,543.47 bagi tahun kewangan berakhir 2020 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dalam satu majlis bertempat di Pejabat Ketua Menteri, Sabah.

1 November 2021 Berita | Korporat
Anak-Anak Asnaf Sabah Terima Sumbangan Van TH

KOTA KINABALU, 30 Oktober 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menyumbang sebuah van kepada Pertubuhan Pengurusan Rumah Amal Selawat Nabi, Sandakan, Sabah (PPPASN) . Setiausaha Politik kepada YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Encik Wan Rohimi Wan Daud telah hadir menyerahkan replika kunci van tersebut kepada Puan Siti binti Musa, Penyelaras PPPASN.