Assalamualaikum, Selamat Datang ke Portal Rasmi Lembaga Tabung Haji
|

Mengenai Kami

Alt text

Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sebuah Institusi Kewangan Islam unggul di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1963,TH mempunyai lebih 50 tahun pengalaman dalam Deposit, Perkhidmatan & Operasi Haji dan Pelaburan. Sebagai sebuah Pengurus Dana Islam terbesar negara dengan dana melebihi RM62 bilion, TH berusaha untuk memperkasakan ekonomi umat Islam di Malaysia dengan memanfaatkan dana dan sumber sedia ada.

TH menumpukan kepada perkhidmatan haji yang cemerlang dan memuaskan kepada semua Jemaah Haji Malaysia. Pencapaian TH yang konsisten telah mendapat pengiktirafan dunia dan menjadi contoh pengurusan haji dan perkhidmatan kewangan Islam yang inovatif oleh kebanyakan Negara Islam di dunia.

TH terus mengukuhkan kedudukannya di pasaran, baik di dalam negara dan di arena antarabangsa dengan menceburi bidang pelaburan di beberapa sektor seperti perladangan, pembangunan hartanah dan pembinaan, kewangan Islam, teknologi maklumat, minyak dan gas dan hospitaliti. Dengan keuntungan bersih melebihi RM3 bilion, TH mampu memberi pulangan yang kompetitif kepada pemegang kepentingannya setiap tahun.

TH berdaya saing dan kompetitif melalui perkhidmatan yang inovatif dan skim simpanan menarik yang direka untuk menggalakkan simpanan dan pelaburan. Kini, TH mempunyai lebih daripada 9 juta pendeposit dan 124 cawangan, dengan lebih daripada 6,000 ‘touch-points’ di seluruh negara. TH juga mempunyai satu pejabat yang beroperasi di Jeddah, Arab Saudi.