Balai Berita

2012

November 2012

15 November 2012 News | Corporate
SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1434

Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.<br /> <br /> Hadir sama pada majlis itu ialah mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom dan Ketua Setiausaha Negara, Dato' Sri Dr. Ali bin Hamsa. Seramai 30 orang anggota Tabung Haji yang diketuai Dato' Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi turut tidak ketinggalan menyertai sambutan berkenaan.

6 November 2012 News | Corporate
PROGRAM BANTUAN PENDIDIKAN TABUNG HAJI PERINGKAT NEGERI

Tabung Haji (TH), selaras dengan komitmennya untuk membantu golongan miskin dan kurang berkemampuan, telah melaksanakan "Projek Bantuan Pendidikan Tabung Haji" sebagai salah satu usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), bertujuan untuk memberi motivasi dan meningkatkan tahap yakin diri pelajar dari golongan asnaf terbabit.

1 November 2012 News | Corporate
PENERBANGAN PULANG PERTAMA JEMAAH HAJI DARI TANAH SUCI

Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia seramai 317 orang yang terpilih untuk pergi menunaikan rukun Islam kelima di tanah suci pada tahun ini, selamat tiba di tanah air malam tadi. Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat penerbangan khas Saudi Airlines SV5410, jam 10.10 malam selepas bertolak dari Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz di Jeddah pada jam 7 pagi waktu tempatan.

October 2012

22 October 2012 News | Corporate
MAJLIS SIMBOLIK PENYERAHAN KUIH RAYA KEPADA JEMAAH HAJI MALAYSIA DI TANAH SUCI

Lembaga Tabung Haji menerima 31,000 bungkusan sumbangan kuih dan kad raya Aidiladha daripada YAB Perdana Menteri untuk diagihkan kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunaikan haji di Makkah. Najib menyampaikan sumbangan untuk jemaah haji kepada Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Kamarudin Mat Ali di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

19 October 2012 News | Corporate
MAJLIS KEBERANGKATAN YANG DI-PERTUAN AGONG DAN SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG KE TANAH SUCI UNTUK MENUNAIKAN HAJI

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun selamat berangkat menunaikan fardu haji, dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

September 2012

21 September 2012 News | Corporate
MAJLIS PERLEPASAN JEMAAH HAJI PROGRAM 1MDB

Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah meluangkan masa beliau untuk mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji yang terdiri daripada 400 orang imam dan Pengerusi JKKK tajaan program 1MDB di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ini merupakan tahun kedua program tajaan 1MDB ini dijalankan dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji. Turut hadir, Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari bin Mohamed Nor, Pengerusi Tabung Haji dan Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji.

18 September 2012 News | Corporate
MAJLIS SUAI KENAL & RAMAH MESRA PELATIH SLIM LEMBAGA TABUNG HAJI SESI 2012/2013

Satu majlis suai kenal pelatih Skim Latihan Siswazah 1 Malaysia telah diadakan di Dewan Besar, Lembaga Tabung Haji. Majlis diadakan bertujuan merapatkan hubungan di antara pengurusan tertinggi Tabung Haji disamping sebagai sesi suai kenal di antara pelatih-pelatih berkenaan. Seramai 100 orang pelatih dari seluruh Malaysia telah terpilih dari 750 permohonan yang diterima bagi sesi 2012. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji serta barisan pengurusan tertinggi Tabung Haji turut hadir ke majlis ini.

15 September 2012 News | Corporate
MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PERINGKAT TABUNG HAJI PULAU PINANG

Tuan Yang Terutama Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas telah menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Tabung Haji Pulau Pinang di TaHa D'Kelana di sini.Ratusan pengunjung daripada pelbagai kaum menghadiri majlis itu yang bermula pada 9 pagi. Beraneka juadah makanan hari raya dihidangkan kepada tetamu yang hadir.

15 September 2012 News | Corporate
MAJLIS MENGUCAPKAN SELAMAT JALAN KEPADA PETUGAS HAJI ADVANCE PARTY KE TANAH SUCI

Lebih 70 orang petugas Tabung Haji termasuk 27 orang petugas media dari TV Alhijrah, TV9, Bernama, Astro dan lain-lain agensi telah berangkat ke Tanah Suci. Petugas-petugas ini bertolak awal bagi membuat persiapan menerima jemaah haji bagi musim bagi Haji 1433H. Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji merangkap Ketua Rombongan Haji hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada petugas-petugas.