Balai Berita

2012

July 2012

3 July 2012 News | Corporate
KURSUS PENGUKUHAN PEMBIMBING IBADAT HAJI TANAH SUCI

YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah merasmikan kursus pengukuhan pembimbing ibadat haji di Tanah Suci. Turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji, YBhg. Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

June 2012

28 June 2012 News | Corporate
LAWATAN PELAJAR PARIS DAUPHINE UNIVERSITY

Pelajar Paris Dauphine University seramai 12 orang telah memilih Tabung Haji untuk tujuan lawatan akademik. Rombongan pelajar ini telah disambut dan diberikan penerangan oleh Hajah Che Gayah Saleh dan Hajah Nor Aida Ahmad daripada Jabatan Kewangan.

26 June 2012 News | Corporate
LAWATAN PESERTA KURSUS INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA (INSTUN)

Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) telah menganjurkan kursus Pengurusan Pusat Data (Data Centre) Pengalaman Agensi Kerajaan dan Swasta dengan mengadakan lawatan kerja ke agensi terpilih. Rombongan berkenaan telah memilih Tabung Haji sebagai destinasi lawatan kerja. Taklimat ringkas dan sesi soal jawab telah diberikan oleh Jabatan IT kepada 35 orang peserta kursus berkenaan.

15 June 2012 News | Corporate
PERASMIAN PERSIDANGAN PENGARAH TH NEGERI DAN DAERAH ZON BORNEO

Perasmian Persidangan Pengarah TH Negeri dan Daerah Zon Borneo telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji. Turut hadir YBhg. Dato' Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah TH dan Pengurus TH Negeri Sabah dan Sarawak.

13 June 2012 News | Corporate
LAWATAN FACT-FINDING MISSION REPUBLIK KYRGYZ KE TABUNG HAJI

Delegasi seramai 9 orang ini telah diberikan taklimat oleh Tuan Haji Abd Kadir Sahlan, Pengurus Besar Kanan Pelaburan. Tujuan lawatan berkenaan untuk mengetahui mengenai pengurusan Tabung Haji.

May 2012

10 May 2012 News | Corporate
MAJLIS PELANCARAN SKIM BIASISWA TH DI DEWAN BESAR TH

Majlis Pelancaran Skim Biasiswa TH di Dewan Besar TH disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

3 May 2012 News | Corporate
GOVERNMENT LINKED COMPANIES

Sesi Warga Government Linked Companies bersama Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di PICC, Putrajaya.

April 2012

30 April 2012 News | Corporate
PELAWAT MITI KE TH

Seramai 21 orang pegawai dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Tabung Haji. Mereka telah diberikan penerangan pengurusan haji oleh Tuan Haji Mohd Rizzal Haji Khalid, Pengurus Kanan Sistem dan Proses Haji.

28 April 2012 News | Corporate
KLINIK UPSR ANJURAN KELAB TAHA DI DEWAN UMNO, AMPANG

Seminar Bimbingan Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) anjuran Kelab TaHa Tabung Haji dengan kerjasama Berita Harian telah dihadiri seramai 337 orang murid sekitar Lembah Klang. Program sehari itu telah dirasmikan YB Dato' Dr. Mashitah Ibrahim.