Korporat
Jumaat, 12 Ogos 2016
DYTM Tengku Muhammad Ismail, Yang DiPertuan Muda Terengganu berkenan berangkat menyempurnakan majlis mengucapkan selamat jalan khususnya kepada jemaah haji dari Negeri Terengganu ke Baitullahhilharam bagi Musim Haji 1437H/2016M yang berlangsung di Dewan Berlepas, Lapangan Terbang Sultan Mahmud, di sini.
Turut hadir dalam majlis ini adalah YAB. Tuan Haji Ahmad Razif Abd. Rahman, Menteri Besar Terengganu dan YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.