Korporat
Jumaat, 14 Oktober 2016
Lembaga Tabung Haji (TH) menerima lawatan daripada Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Sarawak, hari ini.
Tujuan lawatan ini adalah untuk memperolehi maklumat mengenai pengalaman TH dalam pengurusan bangunan dan perniagaan.
Taklimat dan sesi soal jawab berkenaan dengan tujuan lawatan diberi oleh Tuan Haji Zaini Rashid Pengurus Besar Pengurusan Hartanah TH, Tuan Haji Mohd Tarmizi b. Mat Asim, Jurutera Pengurusan Hartanah dan Encik Zunnasri b. Baharuddin, Pengurus Logistik TH Properties.