Korporat
Jumaat, 15 Mei 2015
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir pada tahun 2014 berjumlah RM 5.63 juta kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dalam satu majlis di Pejabat Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
Pembayaran zakat perniagaan TH ini telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif TH kepada YBhg. Datuk Che Mat Ali, Pengerusi PPZ-MAIWP dan disaksikan oleh YB Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
Pembayaran zakat bagi Wilayah Persekutuan mencatatkan peningkatan sebanyak 11.6 peratus berbanding tahun sebelumnya