Korporat
Khamis, 4 Ogos 2016
YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia hari ini, menyempurnakan Majlis Mengucapkan Selamat Jalan kepada Jemaah Haji Malaysia ke Tanah Suci 1437H/2016M yang berlangsung di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Seramai 450 Jemaah Haji Malaysia dijadualkan berlepas ke Tanah Suci pada jam 4 petang (waktu tempatan) dan dijangka tiba di Madinah pada jam 7.30 malam (waktu Saudi).
Pada majlis tersebut, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak juga berkesempatan bersalaman dan mengucapkan selamat jalan kepada para bakal jemaah kerana telah terpilih menjadi Dhuyufurrahman pada musim haji ini.