Pelan Penstrukturan dan Pemulihan TH / TH Restructuring and Rehabilitation Plan

Jawapan / Answer

TH tidak boleh menjadi pengurus aset kepada SPV secara langsung kerana TH boleh dianggap masih menguasai kepentingan terhadap aset-aset yang dipindahkan. Justeru itu, mengikut prinsip perakaunan, TH masih perlu menyatukan kembali aset-aset yang mengalami kejatuhan rosot nilai yang tinggi dan tidak memberi kadar pulangan yang baik ini di dalam kedudukan kewangan TH. Ini akan menyebabkan objektif pengasingan aset tersebut tidak tercapai, dan jurang defisit di antara nilai aset dan nilai masih kekal tinggi. Ia akan membawa kepada ketidakbolehan TH untuk mengagihkan hibah bukan sahaja pada tahun 2018, malah tahun-tahun yang akan datang.

Jawapan / Answer

SPV diperlukan untuk mengambil alih aset-aset TH yang mengalami kejatuhan nilai dan kurang berdaya saing. Bagi memastikan kedudukan kewangan TH dapat dipulihkan segera, aset-aset tersebut dipindahkan pada harga premium yang melebihi nilai pasaran. Ini bertujuan untuk memastikan nilai aset akan lebih tinggi dari nilai liabiliti bagi berkeupayaan untuk membuat pengagihan Hibah dan mengelakkan kemungkinan krisis kecairan.

Jawapan / Answer

Jika aset-aset ini tidak dipindahkan, nilai liabiliti TH akan melebihi nilai aset. Maka, TH tidak dapat mengagihkan hibah kepada para pendeposit untuk tahun 2018 dan beberapa tahun akan datang. Jika ini berlaku akan menyebabkan potensi krisis kecairan atau bank- run. Kerajaan terpaksa membuat suntikan tunai bagi membantu TH untuk mengembalikan deposit seperti jaminan yang telah termaktub di dalam Akta Tabung Haji 1995. Suntikan tunai secara mendadak ini akan membeban kedudukan kewangan negara dan boleh memberi kesan negatif terhadap penarafan kredit negara.

Jawapan / Answer

Aset-aset strategik TH telah diambil alih oleh Kerajaan dan bukannya individu atau syarikat persendirian. Pengambilalihan aset di bawah Pelan Penstrukturan dan Pemulihan TH juga adalah pada kadar premium untuk menutup jurang defisit di antara nilai aset dan nilai liabiliti dan menyelamatkan TH dari krisis kecairan. Umat islam tidak perlu curiga terhadap status aset-aset strategik tersebut kerana SPV diamanahkan untuk menambah nilai aset- aset tersebut. Malah TH juga telah diberikan Hak Keutamaan (First Right of Refusal) untuk mengambil semula aset-aset yang berpotensi setelah nilai aset dibaik pulih.

Jawapan / Answer

Pemindahan aset-aset yang berjumlah RM19.9 bilion ini akan dilangsaikan menerusi penerbitan dua (2) siri sukuk oleh SPV berjumlah RM10 bilion dan RM9.6 bilion. Sukuk-sukuk berkupon sifar ini akan memberikan pulangan sebanyak 4.05% dan 4.1% setahun. Manakala RM300 juta lagi akan diselesaikan oleh SPV melalui pembayaran tunai.

Jawapan / Answer

Walaupun terdapat aset berpotensi dan nilai saham berkemungkinan kembali pulih, jurang rosot nilai saham tersebut terlampau tinggi, iaitu di antara 20% sehingga 90%. Tempoh masa yang diperlukan untuk nilai saham tersebut kembali pulih mungkin mengambil masa yang lama dan menyebabkan TH tidak boleh menutup jurang defisit tersebut di dalam masa terdekat.

Jawapan / Answer

Syarikat Bertujuan Khas (SPV) milik penuh Kerajaan Malaysia telah ditubuhkan untuk mengambil alih aset-aset TH yang mengalami kejatuhan nilai dan kurang berdaya saing. Aset-aset ini terdiri daripada 106 ekuiti domestik yang tersenarai, satu (1) syarikat perladangan tidak tersenarai dan 29 tanah dan hartanah. Jumlah nilai pasaran semasa semua aset yang telah diambil alih oleh SPV adalah jauh lebih rendah iaitu RM9.7 bilion berbanding dengan jumlah nilai perpindahan iaitu pada RM19.9 billion. Ini ditetapkan bertujuan untuk menutup jurang defisit di antara nilai aset dan liabiliti yang dialami oleh TH dan membolehkan pengagihan hibah dibuat selaras dengan Akta Tabung Haji 1995.

Jawapan / Answer

Ahli Lembaga Pengarah SPV :

  • YBhg Datuk Ahmad Badri bin Mohd Zahir,
    Ketua Setiausaha Perbendaharaan
     
  • YBhg Datin Rashidah Mohd Sies,
    Setiausaha Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan
     
  • YBhg Dato’ Mohd Shukri bin Hussin,
    Pengarah Pelaburan Hartanah Bumiputera Bhd
     
  • En. Mohd Hassan Ahmad,
    Timbalan Setiausaha Fiskal dan Ekonomi
     
  • En. Imri Dolhadi Ab. Wahab,
    Ketua Seksyen Bahagian Fiskal Dan Ekonomi
     

CEO SPV :

Encik Izad Sallehuddin telah dilantik sebagai CEO SPV pada 2 April 2019. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Urusan Ekuiti di CitiGroup Global Market Sdn Bhd semenjak tahun 2015 yang bertanggungjawab merangka dan menjalankan strategi bisnes syarikat CitiGroup di Malaysia.

Jawapan / Answer
  • Proses rehabiliti aset-aset melalui strategi pengudangan bagi mengelak jualan fire sale
  • Mengoptimumkan nilai realisasi aset untuk pemulihan aset-aset tersebut melalui proses penambahbaikan nilai hartanah dan penzahiran nilai saham apabila pasaran modal dan kewangan kembali pulih
  • Menguruskan operasi aset-aset yang telah di ambil alih seperti hotel dan hartanah
  • Merealisasikan aset-aset dalam bentuk tunai bagi pembayaran balik instrumen kewangan SPV kepada TH
  • Mengurangkan kos kepada Kerajaan
Jawapan / Answer

Sukuk yang diterbitkan memberikan pulangan sebanyak 4.05% dan 4.10% dan akan menjana pendapatan sebanyak RM800 juta setahun melalui transaksi ini.

Jawapan / Answer

Pelan Penstrukturan dan Pemulihan TH ini merupakan komitmen Kerajaan untuk menyelamatkan TH yang berkemungkinan terjadi krisis kecairan akibat pengeluaran deposit secara besar-besaran (bank run) sekiranya TH tidak mampu mengagihkan hibah di masa hadapan. Ini juga untuk mengelakkan impak negatif kepada kestabilan sistem kewangan negara selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 24, Akta Tabung Haji dimana pendeposit dijamin oleh Kerajaan.

Jawapan / Answer

Soalan : 
Adakah Penstrukturan Korporat TH melalui penjualan aset-aset kepada Syarikat SPV itu telus, iaitu tiada kompromi terhadap kepentingan umat islam termasuk aspek pematuhan syariahnya lantaran terlalu banyak kesangsian dan kerahsiaan dalam transaksinya yang melibatkan aset-aset umat Islam sebelum ini?

 

Jawapan:
Senarai keseluruhan pemindahan aset TH kepada SPV telah dikemukakan di Dewan Rakyat pada 14 Mac 2019 dan kini boleh didapati dalam portal rasmi Dewan Rakyat. Pada 28 Disember 2018, TH telahpun memaklumkan syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia di mana TH boleh melepaskan kepentingan melebihi 2%. Pendedahan ini merupakan sumber berita yang dilaporkan oleh media massa. Pelan Penstrukturan dan Pemulihan TH juga dibentangkan di Dewan Rakyat pada 10 Disember 2018 dan dokumen tersebut juga diedarkan kepada pemberita. Tidak timbul kerahsiaan terhadap transaksi ini kerana semua maklumat telah dinyatakan di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Contohnya, soalan yang sama terhadap nama pengarah SPV telah pun dinyatakan atau dijawab pada sidang Dewan Negara pada bulan Disember 2018 yang lalu.

Jawapan / Answer
  • Tiada hubungan, kecuali hanya terlibat di dalam pembentukan SPV dan perancanaan Pelan Penstrukturan dan Pemulihan TH.
  • TH mempunyai Hak Keutamaan (First Right of Refusal) terhadap aset-aset yang telah dipindahkan sekiranya SPV ingin melupuskan aset-aset tersebut.
Jawapan / Answer

Untuk mengurangkan bebanan hutang kerajaan, sukuk mempunyai terma yang boleh membantu fleksibiliti kewangan Kerajaan. Suntikan Tunai pada masa ini akan memberi tekanan kepada Kerajaan kerana Kerajaan terpaksa membuat pinjaman tambahan dan bebanan hutang Negara akan bertambah. Kenaikan hutang ini berkemungkinan akan memberi impak yang negatif kepada penarafan kredit Negara.

Jawapan / Answer

Hasil daripada Pelan Penstrukturan dan Pemulihan ini, TH telah merekod aset keseluruhan berjumlah RM76.5 bilion berbanding liabilitinya berjumlah RM75.5 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018. Pendapatan TH pada tahun 2018 adalah RM4.2 bilion manakala keuntungan boleh agih adalah sebanyak RM2.0 bilion. Berdasarkan dari prestasi kewangan ini, ia telah membolehkan TH membuat pengagihkan hibah untuk tahun 2018 selaras dengan Akta Tabung Haji 1995.

Jawapan / Answer

Kadar premium diperlukan bagi menampung jurang defisit di antara nilai aset dan liabiliti TH akibat dari rosot nilai pelaburan TH. SPV merupakan milik penuh Kerajaan, dimana di bawah seksyen 24 Akta Tabung Haji, semua deposit akan ditanggung Kerajaan. Maka menjadi tangungjawab Kerajaan untuk memastikan kedudukan kewangan TH dapat dipulihkan segera.