Kuiz Israk Mikraj TaHa Bestari
Syarat Pertandingan
- Terbuka kepada semua ahli TaHa Bestari yang berumur 13 tahun sehingga 17 tahun.
- Terhad kepada satu penyertaan sahaja bagi setiap ahli Kelab TaHa.
- Peserta perlu membuat sekurang-kurangnya 1 transaksi simpanan ke akaun TH dalam tahun 2024 sehingga tarikh akhir kuiz.
- Tempoh kuiz ini bermula pada 5 Februari sehingga 9 Februari 2024 sempena sambutan memperingati peristiwa Israk Mikraj.
Langkah-langkah Penyertaan
- Soalan kuiz merangkumi 10 soalan tentang peristiwa bersejarah Israk Mikraj.
- Soalan akan dimuatnaik di media sosial TH pada 5 Februari 2024.
- Klik pautan (link) di ruangan caption untuk melengkapkan borang penyertaan dan pilih jawapan yang betul bagi setiap soalan.
- Peserta perlu menghantar penyertaan melalui pautan tersebut sebelum tamat tempoh pertandingan bagi melayakkan penyertaan.
Hadiah Dan Keputusan Pertandingan
- 100 peserta yang terawal dengan jawapan yang tepat akan dipilih sebagai pemenang.
- Pemenang akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM50 yang akan dikreditkan ke akaun TH peserta.
- Pemenang akan diumumkan melalui media sosial TH selepas 19 Februari 2024.
- Keputusan pemenang adalah muktamad. TH berhak meminda tarikh pengumuman pemenang tanpa notis.
Notis Privasi
- Dengan penyertaan pertandingan ini, peserta telah bersetuju untuk TH memproses maklumat peribadi yang dihantar bagi tujuan pertandingan. Ini termasuk mendedahkan nama peserta kepada masyarakat umum apabila peserta menjadi pemenang dengan menerbitkan nama dan lain-lain maklumat peribadi peserta tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.
- Pihak TH berhak menolak penyertaan yang tidak memenuhi syarat atau yang diterima selepas tarikh tutup pertandingan.
- Dengan penyertaan pertandingan ini, peserta dianggap bersetuju dan faham dengan terma & syarat.