Kursus Haji
Soalan | Jawapan |
Bolehkah saya mendapatkan maklumat berkaitan kursus Haji dan lokasi masjid terpilih? | Ya. Anda boleh mendapatkan maklumat berkaitan kursus haji dan lokasi masjid yang terpilih. |
Bolehkah saya mendapatkan modul berkaitan Kursus Asas Haji? | Ya. Anda boleh mendapatkan dan memuat turun serta mencetak modul berkaitan Kursus Asas Haji. |
Di mana saya boleh dapatkan Jadual Kursus Asas Haji sekiranya paparan Jadual gagal dimuat turun? | Anda boleh melayari laman web rasmi TH untuk muat turun disini atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919. |
Adakah saya perlu membuat apa-apa bayaran untuk hadir kursus haji? | Tidak. Kursus Asas Haji terbuka kepada semua Umat Islam di Malaysia secara percuma. |
Di mana saya boleh mendapatkan buku Nota Kursus Asas Haji? | Bagi yang telah terpilih dan menjawab setuju surat tawaran haji tahun semasa boleh diperolehi secara percuma di Pejabat TH manakala bagi mereka yang tidak terpilih boleh membuat pembelian di Koperasi TH atau muat turun disini. |
Sekiranya saya lewat hadir ke Kursus Asas Haji, adakah TH menyediakan kursus selain dari Kursus Asas Haji? | TH menyediakan Kursus Asas Haji selama 13 minggu dan diteruskan dengan Kursus Intensif Haji, Kursus Khas Haji dan yang terakhir Kursus Perdana Haji sebelum bakal haji berangkat ke Tanah Suci. |
Adakah TH ada menyediakan buku-buku tambahan bimbingan haji kepada bakal haji? | TH sentiasa berusaha memberikan buku-buku tambahan supaya bakal haji dapat melaksanakan haji dengan sempurna seperti buku Fiqh Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah, Buku Soal Jawab Haji dan Umrah, Himpunan Doa, Wirid Terpilih dan Feqh Wanita Dalam Ibadat Haji. |