TH Ziarah Waris Allahyarhamah Masrisah Aliman
JOHOR-14 Ogos 2018, TH telah mengadakan sesi ziarah ke rumah waris Jemaah Haji Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci, Allahyarhamah Masrisah Aliman. Sesi ziarah diwakili oleh Pengarah TH Negeri Johor, YBhg. Dato’ Haji Mohammad Mokhzani Mukhtar di kediaman Allahyarhamah di Parit Zin, Muar, Johor.
Pada sesi ziarah tersebut, TH turut menyerahkan sumbangan khairat kematian, air zam zam dan kurma kepada waris Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.