Kepulangan 280 Jemaah Haji Kumpulan Pertama Tiba Di KLIA
SEPANG, 5 JULAI 2023 : Kumpulan pertama yang terdiri daripada 280 jemaah haji Malaysia telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.45 malam hari ini menerusi penerbangan AMAL by Malaysia Airlines (MH 8261) yang telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz (KAIA) Jeddah pada jam 7.15 pagi (waktu Arab Saudi) pada hari yang sama.